
salam alaik... slam hijrah..
Semulia-mulia manusia adalah sentiasa meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Kelamarin 29 Dis 2009 adalah kuliah pertama aku untuk semester ini. ini menandakan perjuanganku di medan ilmu untuk semester ini sudah pun bermula. semester ini aku mengambil dua subjek elektif dari FSU ( fakulti Syariah Undang-undang) subjek tersebut adalah Fiqh Muassir dan Qawaid Fiqhiyyah.
Subjek Fiqh Muassir aku bersama dengan Ustaz Lotfi, aku pernah bersamanya semasa semester 1 di Fakulti Ekonomi dahulu , beliau pernah mengajar kami subjek Fiqh ibadat & Munakahat, subjek tersebut adalah subjek wajib universiti ( WU) di USIM.
seperti biasa sebagai muqaddimah pertemuan, pensayarah tidak mengajar sebaliknya hanya memberi penerangan ringkas tentang subjek ini di, samping itu beliau juga mengajukan beberapa persoalan-persoalan penting mengenai fiqh dan cabang-cabangnya kepada pelajar keseluruhannya untuk direnungi bersama.
Persoalan yang paling menarik perhatianku adalah mengenai perbezaan Fiqh dah usul Fiqh,sekali pandang ianya seakan sama tetapi hakikatnya ia tidak sama, namun ianya mempunyai kaitan yang kukuh antara satu sama lain. Tidak sempurna Fiqh tanpa usulnya.
walaupun aku tidaklah alim mengenainya namun aku cuba sedaya upayaku untuk membicarakan tentang perbezaan dua isltilah yang amat penting ini. mudahan ianya akan memberi manfaat kepada diriku dan juga buat sahabat-sahabat sekalian.
Penjelasan mengenainya adalah seperti berikut ;
1) FIKH.Takrifnya dari segi bahasa :Membawa maksud faham.
Takrifnya dari segi istilah syar'i : Ilmu berkaitan hukum2 syara' yang bersifat amali yang terhasil dari dalil2nya yang tafsili (terperinci).
TERBAHAGI ILMU FIKH KEPADA 2 BAHAGIAN
1- Ibadat : Iaitu hukum2 syara' yang menyusun perhubungan hamba dengan tuhannya,sehingga jelaslah bagi seorang hamba akan kewajipannya terhadap penciptanya dari segi melakukan ketaatan dan meninggalkan perkara2 haram.
2- Muamalat : Hukum2 syara' yang menyusun perhubungan diantara individu dengan individu,dan antara individu dengan negara islam,dan antara sebuah negara islam dengan negara bukan islam.Yang mana hukum2 ini bertujuan menjaga hak2 manusia dengan memastikan maslahatnya serta menolak segala fasad dan mudharat yang menimpa keatas mereka atau yang bakal berlaku.
ASAL DALAM PERKARA IBADAT : Tidak ada tempat bagi akal dalam memainkan peranan atau menentukan sesuatu,bahkan beribadah kepada Allah mengikut apa yang disyariatkan didalam kitabnya dan diatas lisan nabinya s.a.w,kerana maksud dari ibadah adalah utk mendekatkan diri kepada Allah,dan utk mendekatkan diri kepada Allah mestilah mengikut cara yang disyariatkan.
ASAL DALAM MUAMALAT : Ianya berbeza dari satu generasi kesatu generasi yang lain yang mana ianya terdapat nas dari quran dan sunnah secara asas dan meninggalkan perkara berkaitan pelaksanaannya kepada para mujtahid yang akan menentukan hukum mengikut kesesuaian kadar maslahat yang terkandung didalamnya mengikut zaman dan tempat.
2) USUL FIKH.
Perkataan usul fikh adalah cantuman dari dua kalimah yang berasingan iaitu usul dan fikh...oleh itu kita mulakan takrifan usul dahulu...
Takrif usul dari segi bahasa : Usul adalah jama' daripada perkataan (asal) yang membawa maksud/takrif yang berbagai dikalangan ulamak, antaranya ialah ;
asal ialah apa yang dibinakan ketasnya oleh selainnya.
Takrif ini dirajihkan oleh kebanyakan ulamak usul seperti Abi Al-Khattab Al-Hanbali dalam At-Tamhid dan Abi Al-Husain Al-Basri dalam Al-Mu'tamad dan Al-Aiji dalam Syarh Mukhtasar Al-Hajib dan As-Syaukani dalam Irsyadul Fuhul.
Takrif asal dari segi istilah usuliyyin : Membawa maksud yang berbagai, tetapi yang dikehendaki dari makna (asal) dalam ilmu usul fikh ialah bermaksud dalil. Maka usul fikh bermaksud dalil2 fikh sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu qudamah dalam Raudhatun Nazhir Wa junnatul Manazhir dan Imam Al-Haramain dalam Al-Burhan dan Al-Amidi dalam Al-Ihkam dan Abu Ishaq As-Syirazi dalam Syarh Al-Luma' dan Al-Ghazali dalam Al-Mustashfa dan Ibnul Hajib dalam Mukhtasarnya dan Ibnu As-Subki dalam Jam'ul Jawami'.
Takrif Usul Fikh : Dikalangan ulamak usul berbeza takrif diantara satu dengan yang lain,antaranya ialah;Usul fikh ialah dalil2 fikh yang menunjukkan keatasnya (fikh) dari segi ijmal tidak dari segi tafsili. Ini adalah takrif Ibnu Qudamah mempunyai persamaan atau ringkasan dari takrif Al-Ghazali dan juga hampir dengan takrif Ibnu Burhan.
Syarah maksud ijmal dan tafsili : Iaitu seorang usuliy (ulamak usul) akan melihat kepada dalil2 secara ijmal,seperti melihat kepada kitab dan sunnah,adakah kedua2nya diterima sebagai hujah atau tidak? dan melihat kepada qaul sahabat,adakah ia diterima sebagai hujah atau tidak? dan sebagainya.Adapun fakih,ia melihat kepada dalil2 secara tafsili (terperinci) sebagaimana dalil yang khas didatangkan keatas masalah yang khas dan tertentu.
Jadi dari takrifan2 tersebut,maka dapatlah dikatakan bahawa ilmu usul fikh itu,ialah ilmu yang membicarakan secara terperinci tentang sumber2 dalil yang digunakan utk menentukan sesuatu hukum,sedangkan ilmu fikh pula adalah ilmu yang membicarakan secara terperinci tentang sesuatu hukum yang diistinbatkan dari dalil2nya.
Dalil2 fikh yang menjadi tunjang dan diterima sebagai hujah dimana disandarkan setiap hukum kepadanya mengikut jumhur ulamak hanya terbatas kepada 4 sumber sahaja :-
1.Kitab
2. Sunnah
3. Ijma'
4. Qias
Maka ilmu usul fikh akan membincangkan tentang 4 sumber rujukan tersebut secara terperinci,contohnya kitab,tentang apa yang terkandung didalamnya seperti ayat Muhkam dan Mutasyabih,Mujmal dan Muqayyad, Umum dan Takhsis,Hakikat dan Majazi,Nasakh dan Mansukh dll.
Wallahu a'lam...
by mujahid muda