Salam Alaik,
Sekarang ini Karnival Siswa ( KARSIS ) sedang rancak berlansung di kampus utama USIM, pelbagai program sedang berlansung dan akan berlansung, semalam konsert Rabbani , aku tidak melepaskan peluang keemasan untuk melihat persembahan Rabbani yang dibawakan secara live dan percuma ini.
Dalam keasyikan menikmati persembahan yang berlansung , hp ku memberikan isyarat menandakan ada sms masuk, tanpa berlengah aku terus membuka peti inbox sms hp kunoku dan terus membacanya " kak ina baru je bersalin magrib sakni dia nak namakan anak dia Ihad Mujahid". waah aku terkesima seketika. bila terbaca sms itu.
Di kesempatan ini aku ingin kongsikan sedikit tentang kisah "aku , Ihad dah Ina" . Ina atau nama penuhnya Amalina itu adalah sahabatku dari Kg Raja ,Besut Terengganu, aku mengenalinya kerana tersalah miscall , pada pertengahan tahun 2005 yang lalu , ini kerana nombornya hampir sama dengan nombor Ali kawan sekelasku, bezanya hanya satu angka dibelakang, Ali 017 xxx 1956 dan nombornya 017xxx1958, ketika kejadian aku masih lagi di alam persekolahan, aku dan Ali tinggal serumah sewa di flat rumah murah Kg. Rahmat padang sembilan, agak lama kan kejadian ini, tetapi ia masih segar di ingatanku.
Pada hari kejadian tersebut , aku memang tak perasan pun yang aku tersalah tekan nombor , selang beberapa minit setelah aku membuat miscall tersebut, dengan tiba-tiba ada orang call aku ,pada mulanya aku menyangka itu Ali tetapi sangkaanku meleset sama sekali, kerana yang bercakap itu adalah seorang perempuan, aku tidak pernah kenal suara itu, walaupun agak panik aku aku cuba sedaya upayaku unutk menjelaskannya hal sebenar dan aku juga meminta maaf atas kesilapanku itu. alhamdulillah maafku diterima hehehe.
Setelah itu bermulalah bibik-bibik perkenalan antara kami. Menjadi tabiatku sejak dulu lagi jika dengan orang yang aku tidak mengenali latar belakangnya aku tidak akan memberitahu nama sebenarku, begitu juga Ina , dia tidak menggunakan namanya yang sebenar , kalau tidak silap aku Ina menyamar dirinya dengan nama Yati .... tetapi entah la aku ingat2 lupa tentang nama smarannya tu, maklumlah sudah hampir empat tahun berlalu, aku pula memperkenalkan diriku dengan nama Ihad Hafiz, aku begitu minat nama ini, ianya seakan nama penyanyi tersohor Mesir Ihad Taufek.
Setelah setahun masing-masing dengan nama samaran ,aku akhirnya memberitahu ina tentang hal ini , namun Ina tetap memanggilku dengan nama Ihad, mungkin dia sudah terbiasa dengan nama itu, maklumlah semua orang kat rumah ina memanggilku dengan nama ihad. Pernah juga sekali ma ina call aku bertanyakan khabar tentangku. Setelah mengetahui aku mendapat tawaran menyambung pengajianku ke ipt. Terkejut juga aku apabila mak cik memanggilku dengan nama Ihad. pada mulanya aku agak kekok tetapi aku terpaksa biasakannya dengan nama panggilan itu, akhirnya "alah bisa tegal biasa".
Walaupun aku sudahpun berada di alam kampus ,sebagai kawan baik kami masih lagi tetap berhubung dan bertanya khabar , kesibukan jadual pengkuliahanku tiadak pernah menghalangku untuk berbuat demikian. Walaupun komitmenku pada pelajaran agak tinggi, aku tidak pernah melupakan sahabat-sahabatku,walaupun ada juga yang masih tidak puas hati padaku dengan mengatakan aku sombong setelah berada di ipt, huh susah kan nk puaskan hati semua orang.
Walaupun hampir 2 tahun lebih kami berhubung , kami tidak pernah bertemu di alam nyata. Pada cuti semester tahun pertama pengajianku aku berkesempatan ke rumah abe aku di kuaters pengkalan udara TUDM Gong Kedak. kebetulan Gong Kedak dan Kg. Raja jaraknya tidaklah jauh. setelah diberitahu aku berada di Gong Kedak Ina menjemputku bertandang ke rumahnya. Walaupun agak segan untuk menerima pelawaan tersebut aku terpaksa terima pelawaannya itu, kerana aku tidak pasti bilakah pula selepas ini aku dapat ke sana lagi.
Berbekalkan tawakal, aku pecutkan ex5ku untuk ke Kampung Raja, dari Gong Kedak ke Kampung Raja memakan masa dalam 20 minit juga dengan motorsikal, tiba aku di sana hampir zohor, rumahnya berdekatan dengan Sekolah Menengah Agama Maarif. pada mulanya segan malu juga aku untuk naik ke rumahnya. Tetapi keramahan makcik dan pakcik dan adik-adik Ina membuatkan aku tidak berasa malu lagi.
Aku agak bertuah kerana kunjungan pertamaku ini disambut dengan meriah oleh semua ahl bait ina, dia pernah memberitahuku tentang dia mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Aimi Hidayah ,adiknya itu bersekolah di Maahad Saniah Pasir Puteh. Tetapi adiknya itu tidak keluar pada ketika itu, mungkin dia malu agaknya, aku dipaksa oleh makcik untuk makan tengahari di rumahnya sebelum balik. mm sedap masakan mak cik.....Setelah azan aku ke masjid untuk solat zohor dan selepas makan terus balik ke Gong Kedak.
Itu adalah kami pertama dan terakhir aku bertemu dengannya, selang beberapa bulan selepas aku kembali semula ke kampus aku dikhabarkan oleh orang rumahku tentang satu kad jemputan kahwin yang berrwarna merah , pada masa yang sama juga sampai sms dari Ina menjemputku ke majlis walimahnya, rupa-rupanya kad jmputan tadi adalah kad jemputan walimatulurus Ina, untuk makluman Ina, pada ketika itu aku memang sibuk dengan rutin harianku, tambah-tambah lagi ketika itu aku sibuk dengan urusan penukaran kos pengajianku, aku tidak berminat lagi dengan bidang pengajian ekonomiku.Lantas Ketika ini aku teralpa sedikit dengan kawan-kawanku, aku terputus hubungan seketika dengan Ina.
Pada hari bersejarah Ina itu aku tidak diizinkan Allah untuk menghadirinya. Aku masih berada di kampus ketika itu, aku tidak mampu buat apa2 , aku hanya mampu ucap tahniah dan selamat pengantin baru kepadanya hanya melalui sms, memang keinginan untuk hadir walimatul urus tersebut, tetapi tarikh walimatus urus tersebut tidak kena dengan waktu cutiku. Terasa kempunan juga tidak dapat hadir majlis tersebut. walaupun ina sudahpun berkahwin hubungan kami tidak terputus setakat itu. kami tetap kawan seperti biasa. Sekarang ini adiknya Aimi hidayah mengambil alih tugasnya sebagai perantara aku dengan keluarga itu. Dia sekarang ini sedang menuntut di Kolej perubatan , sebeluam ini dia menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS) dalam bidang Pengajian Islam .
Begitulah serba sedikit kisahku dengan Ina sahabatku yang dapat kukongsikan, gembira hati ini bila diberitahu semalam yang Ina ingin meletakkan nama anaknya sebagai "Ihad Mujahid" , "IHAD" nama samaranku dulu dan "MUJAHID" pula nama penaku. Menurut Emi k.Ina beberapa kali mimpikan nama IHAD, lantas suaminya menyuruh Emi menanyakanku apa maksud nama tersebut . Nama MUJAHID pula mungkin ianya hanya kebetulan sahaja kerana aku tidak pernah memaklumkan padanya tentang nama penaku "MUJAHID MUDA" ini. Semoga IHAD MUJAHID menjadi seorang mukmin yang soleh dan juga seorang pejuang agama Allah pada masa akan datang.. amin.
by mujahid muda
KAI Buka Lowongan Masinis dan Staf Pemeliharaan
-
*KAI Buka Lowongan Masinis dan Staf Pemeliharaan* - PT Kеrеtа Api
Indоnеѕіа (Pеrѕеrо) аtаu KAI уаng mеruраkаn Bаdаn Usaha Mіlіk Nеgаrа (BUMN)
Indonesia уа...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment