GOOD LUCK FOR EXAM ..

Saturday, October 31, 2009 · 0 comments


Selamat menduduki Final Exam diucapkan buat semuanya rakan-rakan ipt dan juga selamat menduduki SPM dan STPM buat adik2 yang bakal menduduki dua peperiksaan penting tersebut tidak lama lagi , semoga kalian minannajihin .... doakan juga kejayaanku di sini...

BERUNTUNG JADI PEREMPUAN....?

Thursday, October 8, 2009 · 0 comments


Salam alaik

Kali ini Mujahid Muda ingin berbicara tentang wanita, mereka adalah pencetus semangat para lelaki , kaum wanita yang hidup hari ini ckup bertuah kerana mereka lahir setelah kedatangan islam, islam tidak pernah mendiskriminasi wanita, kedudukan mereka adalah setaraf dengan kaum lelaki . mereka dikatakan beruntung berbanding lelaki..betul ke ? atau lelaki lebih beruntung?

fakta tentang WANITA...

WANITA tidak boleh terlepas dari mengalami haid, malah akan menjadi kerisauan pula kalau tidak didatangi haid. Dalam sejarah kehidupan manusia hanya Siti Fatimah binti Rasulullah s.a.w. tidak didatangi haid. Beliau suci setiap bulan dan baginya tiada masalah mengqada puasa.

Wanita yang kedatangan haid tidak dibenarkan beberapa perkara:

a. Sembahyang walaupun yang sunat
b. Puasa walaupun yang sunat
c. Memasuki masjid
d. Membaca al-Quran
e. Menyentuh al-Quran
f. Tawaf di Kaabah
g. Bersetubuh

Mengapa perkara ini dilarang pada wanita yang haid? Tidakkah ini mengurangkan pahala ibadah mereka?

Sesungguhnya haid adalah rahmah yang patut disyukuri oleh wanita. Walaupun mereka tidak dapat mengerjakan ibadah di atas namun mereka diberi pahala sama seperti mereka yang melakukannya. Orang lelaki tiada peluang untuk berehat, mereka wajib terus beribadah sedangkan pahalanya setanding dengan kaum wanita. Kerana itu, wanita janganlah berkecil hati.
Islam tidak membenarkan wanita yang didatangi kotor sembahyang kerana orang yang sembahyang hakikatnya sedang mengadap ALLAH. ALLAH Yang Maha Suci tentu tidak layak orang yang dalam keadaan kotor mengadap-NYA.

Orang haid juga tidak dibenarkan berpuasa, alasannya adalah kesihatan. Orang berpuasa perlukan tenaga yang kuat, dan kerana itu orang sakit dibenarkan untuk tidak berpuasa. Orang yang haid tentu tidak sihat, banyak darah yang tumpah, keletihan dan keperitan pasti terasa. Kerana itu lebih layaklah tidak berpuasa.

Memasuki masjid juga dilarang kepada mereka yang haid, alasannya tentulah kerana masjid tempat suci, maka tidak layaklah orang yang berbadan kotor memasukinya. Larangan ini tidak sama dengan larangan melalui halaman masjid. Sesungguhnya mereka yang kedatangan haid di zaman ini tidak dilarang melalui atau melintasi halaman masjid jika darah haidnya dijamin tidak menitik ke atas lantai masjid.

Membaca al-Quran juga tidak boleh dilakukan kerana al-Quran kalamullah Maha Mulia lagi Suci. Kerana itu sebarang ayat yang dikategorikan sebagai al-Quran tidak boleh dibaca ketika haid. Islam hanya membenarkan mereka membaca ayat yang sudah diniatkan sebagai zikir dan wirid sahaja, seperti membaca Bismillahirrahmanirrahim, ayat sudah menjadi ayat zikir. Begitu juga dengan ayat Qulhuwallahu ahad... ia sudah dijadikan wirid. Tapi mereka yang tidak pernah mengamalkannya tiba-tiba hendak meniatkan zikir sewaktu haid tidaklah terpakai niatnya itu. Mereka ini tetap haram membacanya. Begitu juga dengan menyentuh atau membawa al-Quran, benda yang suci mesti dibawa oleh orang yang suci juga.

Tawaf lebih patut dalam keadaan suci kerana ia termasuk dalam kawasan masjid. Tawaf sama seperti duduk dalam masjid.

Mengenai larangan bersetubuh, walaupun lahirnya tidak ada kaitan dengan suci, orang yang bersetubuh semasa haid kesannya akan dirasai. Pasangan berkenaan akan menghadapi kesan sampingan. Kita perlu ingat semua pantang larang yang ALLAH kenakan kepada umat Islam ada faedahnya kepada umat Islam itu sendiri,

Oleh itu bersyukurlah kamu wahai para wanita sekalian, tak usahlah nak banding-banding antara satu sama lain. Sesungguhnya apa yang diciptakan Allah semuanya mempunyai hikmah yang tersendiri.

by mujahid muda

TAHNIAH INA DI ATAS KEHADIRAN "IHAD MUJAHID" .

Saturday, October 3, 2009 · 0 comments


Salam Alaik,

Sekarang ini Karnival Siswa ( KARSIS ) sedang rancak berlansung di kampus utama USIM, pelbagai program sedang berlansung dan akan berlansung, semalam konsert Rabbani , aku tidak melepaskan peluang keemasan untuk melihat persembahan Rabbani yang dibawakan secara live dan percuma ini.

Dalam keasyikan menikmati persembahan yang berlansung , hp ku memberikan isyarat menandakan ada sms masuk, tanpa berlengah aku terus membuka peti inbox sms hp kunoku dan terus membacanya " kak ina baru je bersalin magrib sakni dia nak namakan anak dia Ihad Mujahid". waah aku terkesima seketika. bila terbaca sms itu.

Di kesempatan ini aku ingin kongsikan sedikit tentang kisah "aku , Ihad dah Ina" . Ina atau nama penuhnya Amalina itu adalah sahabatku dari Kg Raja ,Besut Terengganu, aku mengenalinya kerana tersalah miscall , pada pertengahan tahun 2005 yang lalu , ini kerana nombornya hampir sama dengan nombor Ali kawan sekelasku, bezanya hanya satu angka dibelakang, Ali 017 xxx 1956 dan nombornya 017xxx1958, ketika kejadian aku masih lagi di alam persekolahan, aku dan Ali tinggal serumah sewa di flat rumah murah Kg. Rahmat padang sembilan, agak lama kan kejadian ini, tetapi ia masih segar di ingatanku.

Pada hari kejadian tersebut , aku memang tak perasan pun yang aku tersalah tekan nombor , selang beberapa minit setelah aku membuat miscall tersebut, dengan tiba-tiba ada orang call aku ,pada mulanya aku menyangka itu Ali tetapi sangkaanku meleset sama sekali, kerana yang bercakap itu adalah seorang perempuan, aku tidak pernah kenal suara itu, walaupun agak panik aku aku cuba sedaya upayaku unutk menjelaskannya hal sebenar dan aku juga meminta maaf atas kesilapanku itu. alhamdulillah maafku diterima hehehe.

Setelah itu bermulalah bibik-bibik perkenalan antara kami. Menjadi tabiatku sejak dulu lagi jika dengan orang yang aku tidak mengenali latar belakangnya aku tidak akan memberitahu nama sebenarku, begitu juga Ina , dia tidak menggunakan namanya yang sebenar , kalau tidak silap aku Ina menyamar dirinya dengan nama Yati .... tetapi entah la aku ingat2 lupa tentang nama smarannya tu, maklumlah sudah hampir empat tahun berlalu, aku pula memperkenalkan diriku dengan nama Ihad Hafiz, aku begitu minat nama ini, ianya seakan nama penyanyi tersohor Mesir Ihad Taufek.

Setelah setahun masing-masing dengan nama samaran ,aku akhirnya memberitahu ina tentang hal ini , namun Ina tetap memanggilku dengan nama Ihad, mungkin dia sudah terbiasa dengan nama itu, maklumlah semua orang kat rumah ina memanggilku dengan nama ihad. Pernah juga sekali ma ina call aku bertanyakan khabar tentangku. Setelah mengetahui aku mendapat tawaran menyambung pengajianku ke ipt. Terkejut juga aku apabila mak cik memanggilku dengan nama Ihad. pada mulanya aku agak kekok tetapi aku terpaksa biasakannya dengan nama panggilan itu, akhirnya "alah bisa tegal biasa".

Walaupun aku sudahpun berada di alam kampus ,sebagai kawan baik kami masih lagi tetap berhubung dan bertanya khabar , kesibukan jadual pengkuliahanku tiadak pernah menghalangku untuk berbuat demikian. Walaupun komitmenku pada pelajaran agak tinggi, aku tidak pernah melupakan sahabat-sahabatku,walaupun ada juga yang masih tidak puas hati padaku dengan mengatakan aku sombong setelah berada di ipt, huh susah kan nk puaskan hati semua orang.

Walaupun hampir 2 tahun lebih kami berhubung , kami tidak pernah bertemu di alam nyata. Pada cuti semester tahun pertama pengajianku aku berkesempatan ke rumah abe aku di kuaters pengkalan udara TUDM Gong Kedak. kebetulan Gong Kedak dan Kg. Raja jaraknya tidaklah jauh. setelah diberitahu aku berada di Gong Kedak Ina menjemputku bertandang ke rumahnya. Walaupun agak segan untuk menerima pelawaan tersebut aku terpaksa terima pelawaannya itu, kerana aku tidak pasti bilakah pula selepas ini aku dapat ke sana lagi.

Berbekalkan tawakal, aku pecutkan ex5ku untuk ke Kampung Raja, dari Gong Kedak ke Kampung Raja memakan masa dalam 20 minit juga dengan motorsikal, tiba aku di sana hampir zohor, rumahnya berdekatan dengan Sekolah Menengah Agama Maarif. pada mulanya segan malu juga aku untuk naik ke rumahnya. Tetapi keramahan makcik dan pakcik dan adik-adik Ina membuatkan aku tidak berasa malu lagi.

Aku agak bertuah kerana kunjungan pertamaku ini disambut dengan meriah oleh semua ahl bait ina, dia pernah memberitahuku tentang dia mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Aimi Hidayah ,adiknya itu bersekolah di Maahad Saniah Pasir Puteh. Tetapi adiknya itu tidak keluar pada ketika itu, mungkin dia malu agaknya, aku dipaksa oleh makcik untuk makan tengahari di rumahnya sebelum balik. mm sedap masakan mak cik.....Setelah azan aku ke masjid untuk solat zohor dan selepas makan terus balik ke Gong Kedak.

Itu adalah kami pertama dan terakhir aku bertemu dengannya, selang beberapa bulan selepas aku kembali semula ke kampus aku dikhabarkan oleh orang rumahku tentang satu kad jemputan kahwin yang berrwarna merah , pada masa yang sama juga sampai sms dari Ina menjemputku ke majlis walimahnya, rupa-rupanya kad jmputan tadi adalah kad jemputan walimatulurus Ina, untuk makluman Ina, pada ketika itu aku memang sibuk dengan rutin harianku, tambah-tambah lagi ketika itu aku sibuk dengan urusan penukaran kos pengajianku, aku tidak berminat lagi dengan bidang pengajian ekonomiku.Lantas Ketika ini aku teralpa sedikit dengan kawan-kawanku, aku terputus hubungan seketika dengan Ina.

Pada hari bersejarah Ina itu aku tidak diizinkan Allah untuk menghadirinya. Aku masih berada di kampus ketika itu, aku tidak mampu buat apa2 , aku hanya mampu ucap tahniah dan selamat pengantin baru kepadanya hanya melalui sms, memang keinginan untuk hadir walimatul urus tersebut, tetapi tarikh walimatus urus tersebut tidak kena dengan waktu cutiku. Terasa kempunan juga tidak dapat hadir majlis tersebut. walaupun ina sudahpun berkahwin hubungan kami tidak terputus setakat itu. kami tetap kawan seperti biasa. Sekarang ini adiknya Aimi hidayah mengambil alih tugasnya sebagai perantara aku dengan keluarga itu. Dia sekarang ini sedang menuntut di Kolej perubatan , sebeluam ini dia menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS) dalam bidang Pengajian Islam .

Begitulah serba sedikit kisahku dengan Ina sahabatku yang dapat kukongsikan, gembira hati ini bila diberitahu semalam yang Ina ingin meletakkan nama anaknya sebagai "Ihad Mujahid" , "IHAD" nama samaranku dulu dan "MUJAHID" pula nama penaku. Menurut Emi k.Ina beberapa kali mimpikan nama IHAD, lantas suaminya menyuruh Emi menanyakanku apa maksud nama tersebut . Nama MUJAHID pula mungkin ianya hanya kebetulan sahaja kerana aku tidak pernah memaklumkan padanya tentang nama penaku "MUJAHID MUDA" ini. Semoga IHAD MUJAHID menjadi seorang mukmin yang soleh dan juga seorang pejuang agama Allah pada masa akan datang.. amin.

by mujahid muda

JOM MERIAHKAN KARSIS 09

Friday, October 2, 2009 · 0 comments


Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia akan menganjurkan program Karnival Mahasiswa (Karsis 2009) bermula hari ini, iaitu pada 2 Oktober hingga 11 Oktober depan.

Program Karsis ini menggabungkan semua persatuan dan kelab di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan MPP sendiri sebagai penganjur induk. Pelbagai program menarik yang telah disusun sepanjang satu minggu Karsis, antaranya konsert Rabbani, Sidang Pleno USIM, Sesi Penerangan AUKU, Baksis (Bakti Siswa) dan pameran persatuan dan kelab.

Difahamkan, majlis pembukaan Karsis akan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor USIM pada malam ini di dataran PKP.

Maklumat lanjut berkenaan karnival ini boleh diikuti di blog Karsis http://karsis09.blogspot.com.

MEREKA SEMUA DAH KAHWIN , AKU BILA??

Thursday, October 1, 2009 · 0 comments


2 syawal yang lalu , aku telah menghadiri satu Jamuan Reunion Aidilfitri rakan-rakan bekas pelajar SMU( a) Falahiah SPM bath 2004, setelah berpisah hampir lima tahun lamanya membawa haluan masing-masing , bertemu jualah kami pada hari tersebut di dewan al-falah . Pengetua dan cikgu-cikgu juga turut hadir sama memeriahkan majlis tersebut. Reunion seumpama ini adalah pertama kalinya diadakan oleh alumni Falahiah . Ianya diharap akan menjadi perintis kepada program-program seumpama ini pada masa akan datang.

Pada mulanya aku agak kemalasan untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut, tetapi oleh kerana ikatan yang dinamakan persahabatan aku rajinkan diriku untuk hadir , seronok juga apabila dapat berkumpul begini, segala kenangan di alam persekolahan dahulu menjadi topik bualan. Lucukan bila teringatkan kenangan semasa alam persekolahan dulu. Maklumlah dari soff awwal i'dadi sehinggalah tingkatan lima kami bersama, beribu kenangan terbina sepanjang tempoh itu.

Rendah pula rasa diri ini apabila berhadapan dengan mereka dari kalanganku yang sudah berjaya, mereka yang datang hebat dengan kenderaan masing-masing, si lelaki tampan dengan langkah keterunaannya, si wanita pula kelihatan jangok mengalahkan modelis, dah pandai bergaya katakan, tidakla seperti di alam kekanakan dulu, semuanya masih"pughah" , ataupun lebih sesuai lagi "serebeh weh " kata orang klate. sekarang semuanya dah berubah, maklumlah semuanya dah besar panjang.

Ketika berada dalam majlis tersebut, aku memilih untuk berada di meja bersama dengan pengetua dan Ustaz ustazan, jadi bualanku tidaklah sehebat rakan rakan hadirin yang lain, kadang-kadang aku curi-curi dengar apa yang mereka bualkan. memang rancak serancaknya diselangi dengan getusan ketawa kenakalan.

Walaupun aku tidaklah beromong serancak mereka yang lain, namun aku sempat bertanya khabar kepada mereka, alhamdulillah selain yang masih belajar sepertiku ,ramai juga dari rakan-rakan sekelasku dulu yang berkerjaya hebat, ada yang jadi ejen ansuran, ada yang menjadi manager hotel, wahh hebatkan mereka. Ramai juga dari kalanganku yang sudah berumahtangga. Dan tak kurang pula yang akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

Mereka sudah bekahwin , aku bila??? hahaha jawapan ini hanya Allah yang tahu, bukan aku tak mahu kahwin, tetapi keadaan memaksaku untuk terus membujang lagi, banyak lagi benda yang aku belum setelkan, atau dalam erti kata lain secara mudahnya aku masih belum berkemampuanlah untuk berumah tangga seperti mereka yang bertuah itu. Tentang keinginan tu hanya Allah yang tahu. tidak normallah jika orang seusiaku ini masih lagi tidak terfikir ke arah itu.

Jika aku berkemampuan bila-bila masa sahaja aku boleh, soal calon aku tak perlulah dirisaukan, ramai gadis-gadis solehah di luar sana menantiku, Bila bercakap soal kemampuan , teringat aku akan sabda jujungan besar kita SAW yang diriwayatkan oleh imam al-Bukahri dalam kitab Shahihya yang bermaksud:

"Wahai para pemuda, barangsiapa yang sudah berkemampuan untuk memikul bebanan hidup berkeluarga maka hendkalah dia berkawin. Sesungguhnya perkawinan itu lebih dapat mengawal gejolak mata dan nafsu seksual, tetapi barangsiapa yang belum berkemampuan hendaklah dia berpuasa karana (puasa itu) adalah benteng (penjagaan) baginya."

Jika berpandukan pada nas hadis ini , maka orang-orang yang sewaktu denganku kenalah berpuasa untuk mengawal nafsu daripada mengganas. Hanya puasa dapat menundukkan nafsu. sesungguhnya jihad yang lebih besar adalah jihad melawan hawa nafsu.

Alhamdulilah .......setakat ini, masih lagi dapat mengawal diriku. Jadi tak perlulah aku berpuasa..
Semoga Allah sentiasa melindungiku...... amin

by Mujahid Muda.


ANDA PENGUNJUNG KE:

KOLEKSI GAMBARKU

Koleksi Soal Jawab Agama

SAIFULISLAM

HADIS DAN ISU SEMASA

SELOKA AURAT



Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung, Agar syaitan susah nakbertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati.........

LIVE CHATTING

SIAPA AKU.....

My photo
Berasal dari KELANTAN+ PAHANG, Malaysia
Aku hanyalah insan kerdil yang diciptakan Allah di muka bumi ini untuk memperhambakan diri kepadaNya, pada hakikatnya aku tidak punya apa-apa kelebihan namun aku cuba untuk berbakti dan memberi manfaat kepada seluruh warga dunia ini... Hidup biarlah bermanfaat "Agi idup agi ngelaban" aku adalah keponakan yang masih lagi belajar seandainya tersalah silap mohon tunjuk ajar dari kalian yang ilmunya penuh di dada. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN - Mendapat pendidikan awal di Pasti Nur falahiah Sungai Sok ( 1991). - Meneruskan persekolahan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok ( SKSS 1993-1998 ) - SMU ( A ) Falahiah Sungai Sok (1999- 2004 ) - Maahad Rahmaniah Kuala Krai (2005). - USM - Universiti Sains islam Malaysia ( 2006 - now )

FOLLOWERS