DEMONSTRASI KUIS: Seuntai Kata untuk dirasa

Tuesday, November 10, 2009 ·

Salam Alaik.


Suhu di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS ) agak panas mutakhir ini ekoran satu demonstrasi aman yang dianjurkan oleh gerakan pelajar yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mahasiswa Sedar ( GMS) , mendesak penurunan yuran sebanyak 10% & 15% bagi pelajar Diploma dan Sarjana muda dalam pelbagai jurusan yang di sana. Gerakan ini diketuai oleh Mohd Syafiq Akmal mohd. kamil dan timbalannya Akram Ikrami Bin Taib Azamudden yang juga tydp MPP Kuis. Sehingga hari ini jalan penyelesainnya menemui jalan buntu.

walaupun semalam satu perhimpunan perdana Mahasiswa (HIMSIS) dianjurkan bagi menyelesai permasalahan ini namun jalan penyelesaian bagi kemelut ini masih lagi belum menampakkan hasil.

Pada mulanya aku tidaklah berapa suka untuk menjaga tepi kain orang untuk berbicara tentang isu ini. Tetapi memandangkan ianya dah semakin berlarutan dan menjadi semakin parah, Keadaan ini memaksaku untuk mencoretkan sedikit pandanganku tentangnya. Kerana bagiku sebagai seorang mahasiswa , segala isu berkaitan mahasiswa adalah juga menjadi isu kita bersama samada di ipta ataupun ipts.

Sekilas pandang, apa yang dilakukan oleh GMS haruslah dipuji. Ini adalah kerana mereka menuntut hak kebajikan pelajar keseluruhannya. Sape tak sokong kalau yuran turun hatta yang berada di ipta sekalipun, Namun aku tidak tau sejauh manakah kebenaran perjuangan mereka. Sebagai orang luar aku tidak berhak menyokong ataupun menentang. Aku tidak tahu apa waki' di sana. Aku hanyalah mampu memerhati. Adakah ianya sama dengan apa yang berlaku di ipta , yang mana puak Aspirasi vs puak Pro-mahasiswa ( pro-m).

Jika di ipta puak Aspirasi sentiasa dilabel sebagi pro kepada kerajaan dan Pro-m pula pro kepada pembangkang. Segala ketidak adilan dan penindasan terhadap mahasiswa/i samada di kampus ataupun di luar kampus menjadi tanggungjawab kepada pro-m. Manakala puak Aspirasi pula merupakan pembela pihak hep dan pengurusan dalam segala hal, mereka hanya meng'yes' sahaja segala yang dilaksanakan pihak pentadbiran, Jika dilihat pada konteks ini, adakah apa yang berlaku di kuis adalah sama sama dengan apa yang berlaku di ipta, jika ianya sama maka GMS berhak bersama-sama dengan pro-m dalam membela nasib mahasiswa tertindas. Namun benarkah penuntut di sana ditindas oleh pentadbiran (JPM) disana?

Pada pengamatan aku, apa yang berlaku di sana telah banyak memberi kesan kepada semua, samada dari sudut positif dan juga negetifnya.ia akan menjadi negetif bagi mereka yang menegetifkannya , begitulah juga sebaliknya. Depend on individu lah.

Menuntut hak dan keadilan sesama manusia tidak salah bahkan fardu ain ke atas setiap muslim, namun biarlah ia kena pada caranya, jangan kerana kita orang lain menjadi mangsa. Jika dirasakan jalan demonstasi adalah jalan terbaik, go on lah. Kerana sejarah telah membuktikan kejayaan demonstrasi dalam menyelesaikan permasalahan negara , sebagai contohnya hasil daripada beberapa demonstarsi di ibu negara seperti perhimpunan raksasa BERSIH yang menuntut ketelusan dalam pilihanraya, perhimpunan mansuh ISA oleh GMI dan perhimpunan MANSUH pembelajaran dan pengajaran mate sains dalam bahasa inggeris (PPSMI) oleh GMP.

Hasil daripada demonstrasi tersebut pihak kerajaan mulai sedar akan kehendak rakyat, tuntutan demi tuntutan mulai dipenuhi walaupun tidak keseluruhannya, maka hasilnya kita dapati SPR telah meningkatkan ketelusannya dalam mengendalikan pilihanraya umum ke12 yang lalu dan juga pilihanraya2 kecil selepasnya dengan menyediakan peti undi lutsinar, PPSMI pula akan dimansuhkan mulai 2012 ,begitu juga dengan ISA, kerajaan telah mengkaji semula dan ianya bakal dirubah perlaksaanya.

Namun perlu diingat, berdemonstrasi adalah jalan terakhir setelah gagal dengan jalan-jalan penyelesaian yang lain. Dan harus juga diingat tidak 100% kejayaan sesuatu perkara itu hasil dari demonstasi.

Tidak keseluruhan demonstrasi berjaya mencapai matlamatnya. Ia bergantung kepada kerasionalan apa yang dituntutkan.

Dalam isu kuis aku tidak memihak kepada mana-mana pihak, samada MPM ( majlis perwakilan mahiswa ) ataupun GMS ( Gerakan Mahasiswa Sedar ) siapalah aku untuk berbuat demikian. Aku tidak boleh menyokong dan menentang sembrono. Aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sana. Yang benar ,benarlah . teruskan perjuangan anda, yang salah pula usahlah menegakkan benang yang basah.

Kesimpulannya sebagai mahasiswa islam, haruslah kita matang dalam menyelesaikan sebarang permasalahan. Gunakan semaksimum mungkin keintelektualan kemahasiswaan yang dianugerahkan Allah kepada kita, Ingat apa yang kita lakukan sentiasa dicatat walaupun sebesar zarah sekalipun, janganlah kerana perkara tersebut kita berpecah belah dan menabur fitnah sesama muslim, ingat dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh. Bersatulah wahai sahabat-sahabatku. perselisihan pendapat itu perkara biasa, yang penting janganlah kita terlalu over sehingga ianya boleh menghancurkan keharmonian sesama muslim dan lebih teruk lagi merencatkan keimanan.

wallahuaklam...

By mujahid muda.

# mohon kemaafan jika ada yang terasa dengan tulisanku yang tak seberapa ini.
artikel ni telah diedit semula pada 13 nov 2009, kerana terdapat sedikit keslahan fakta. terima kasih kepada saudari yg memberi maklumat.

17 comments:

Anonymous said...
November 14, 2009 at 10:27 PM  

Isu demo KUIS oleh GMS tidak boleh disamakan dengan pertelingkahan antara proaspirasi dengan pro bkn aspirasi di IPTA, GMS bukanlah persatuan berdaftar tapi persatuan haram yang tiada isu yang nak diperjuangkan, baik MPM atau GMS kedua-duanya adalah didokong oleh budak2 jamah yang berfikrah...cuma GMS mengambil tindakan Ekstream.dan kurang ajar terutama dengan pensayarah sendiri..lihat sahaja masa HIMSIS..bersorak2 apabila pensyarah dan MPM becakap...

http://mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com/

MUJAHID MUDA said...
November 16, 2009 at 3:39 AM  

O yeke begitu.. tp apabila saya membuka website MPM kuis, saya selalu tertengok kat chatroom tu komen2 dari anti GMS yg berbaur hasutan dan juga kejian yang xsnggup rasanya nk baca.
keadaan ni meyakinkan saya bahwasanya puak2 penentang dari klangan studen ( bukn MPM @ pentadbiran ye.. tkut silap pham)adalah sama dengan budak2 balaci pro-aspirasi.

jikalau ia melibatkan sesama berfikrah jemaah, keadaa ini lagi bahaya. ia akan membuatkan orang memandang rendah pada puak2 jemaah.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said...
November 17, 2009 at 3:34 AM  

sungguh mudah anda membuat kesimpulan...anti GMS semuanya balaci pro-aspirasi...kalau GMS ini sebuah badan yang betul2 berfikrah..mengapa nasihat Pensyarah seperti Ustaz Farid Ravi sendiri tak didengar..kebanyak ahli GMS adalah dari persatu ALAM (al-Azhar azhar member) dimana Ustaz Farid Ravi sebagai penasihat.

memang memalukan apabila jamaah berfikrah tak mendengar nasihat penasihat, berpecah dalam isu yang sama.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said...
November 17, 2009 at 8:34 AM  

PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09 BERKENAAN KENYATAAN TYDP MPMUM

Assalamualaikum wrt brkth

rakan-rakan KUIS yang saya hormati dan kasihi

1. Pertama sekali untuk pengetahuan pihak anda kenyataan tersebut tidak mewakili badan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) tetapi pandangan peribadi individu dalam MPMUM, iaitu Timbalan Yang Dipertua MPMUM, sdr. Hafiz Ilyas.

2. Untuk mencampuri urusan kampus lain bukan menjadi keutamaan pihak MPMUM.

3. Saya kenyataan tersebut tidak dikaitkan dengan pihak MPMUM terutama saya selaku YDP MPMUM.

4. Saya mencadangkan kepada pihak anda untuk mengetahui apa sebab dan penjelasan, dapatkan daripada sdr Hafiz, saya punya TYDP MPMUM dan pihak website yang menerbitkan artikal tersebut, iaitu mahasiswakini.com.

5. Akhirnya, saya berharap isu ini tidak dikaitkan dengan MPMUM.

Salam,
Mohd Ridzuan Mohammad
YDP MPMUM 08/09

http://mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com/2009/11/penjelasan-oleh-saudara-mohd-ridzuan.html
c

MUJAHID MUDA said...
November 17, 2009 at 8:52 AM  

huh saudara tersalah faham statemen sy, sy xkata anda balaci aspirasi, tetapi maksud saya kamu seperti Balaci Pro-Aspiasu( BP-A) tu, balaci disini saya rujuk kpda nama khas kepada pro-aspirasi bukan maksud kamu tu balaci aspirasi.

maaf jika statemen sy mengelirukan anda. Saya berkata begitu kerana melihat kepada peel2 sesetengah dari kamu tu.


Yeke begitu, adakah bukti anda yg menyatakan mereka itu melanggar nasihat Ust Farid Ravi?

Mm pape jela.. sya bersimpati dengan kwan2 saya kt sane je. terpaksa galas perut. Yang dapat ptongan 15% pon masih lg mengharapkan duit org tua.yuran pengajian sampai 6000 lbih.

Bagi saya biarkan jela mereka ( GMS) membuat cara mereka tersendiri, yang xmau join duk diam2 jelah. nix kita plak yang melebih2, menyumpah seranah orang, free2 dapat dosa.

Dah la bermasalah ditambah lagi dengan masalah. perpecahan di kalangan pelajar bertambah parah.

sape untung??

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said...
November 17, 2009 at 9:55 PM  

Anda boleh baca di http://mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com/2009/11/posting-dari-gema-mahasiswa.html ustaz farid ravi menggelarkan pihak2 GMS sebagai "bughoh"..anda tahu makna bughoh

KUIS ni IPTS..anda tahu tak IPTS, KUIS hanya dpt 10 juta setahun dari MAIS, USIM dapat berapa? 200 juta setahun sedangkan jumlah pelajar KUIS dgn USIM lebh kurang sama. Inlah bezanya IPTS dengan IPTA. Tolong baca fakta, Yuran KUIS tak melebihi pinjaman PTPTN.

Kalau semua orang dibenar buat apa pun dengan cara mereka sendiri buat apa ada peraturan, buat apa ada Al-quran, anda telah menjadi terlalu liberal bila nak menyokong GMS, kalau semua pihak buat demo mcm mana, GMK buat demo, MPM buat demo, staff pun buat demo adakah itu yang anda..mahu...mohon berfikir secara rasional....GMS buknalah persatuan berdaftar...tiada undang2 tubuh tiada piagam..mcm mana nak bela orang kalau diri sendiri tak boleh dibela...masuk mahkamah mana pun tak akan menang..apabila anda pertubuhan haram. Saidina Ali berkata Kebatilan yang bertanzim akan menewaskan kebenaran yang tak bertanzim....

siapa yang bwak perpecahan...bukan GMS ke... KUIS dah ada bermacam persatuan...selain MPP lain2 persatuan ada...kenapa GMS ditubuhkan kalau bukn nak buat mahasiswa kuis berpecah...kalau tak setuju pun...jgn tubuhkan organisasi baru...biar berperang pun atas nama MPM...barulah orang respek...

Anonymous said...
November 17, 2009 at 10:21 PM  

mana fakta kata usim dapat 200 juta ni. USIM hnya dapat 91 juta setahun, tu pun nk di less kan lagi thun depan, bughoh??

Usim mmg dpat banyak tetapi yang keluar juga banyak.

kesian mereka di "bughoh"kan kerana berjuang utk peljar.

MPM? kan ydp MPM sendiri dah keluar statemen yg menyatakan mereka tidak terlibat dengan desakan penurunan yuran.

so camana nk berjuang dengan mereka.

MUJAHID MUDA said...
November 17, 2009 at 10:29 PM  

terima kasih atas penjelasan saudara yang panjang lebar.

Ia sedikit sebanyak memahamkan saya dalam isu ini.

tetapi saya kurang setuju istilah "bughoh" itu ditujukan kepada pihak GMS. apakah kerana sebab itu mereka di "buhgah"kan.

jika GMS itu "bugah" maka Pmi, GAMIS, SMM dan juga persatuan mahasiswa lain di seluruh negara semua bughah lah.

stuju dengan anonymous 2, macamana nk berjuang bersama MPM sedangkan Ydp MPM telah menyatakan bahawa Mpmkuis tidak terlibat dengan desakan penurunan yuran pelajar.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said...
November 18, 2009 at 4:45 AM  

Istilah 'bughoh' tersebut di sebut oleh Ustaz Farid Ravi, setelah pelajar2 yang terlibat dengan GMS dinasihati beliau dengan baik...tapi masih ingin meneruskan agenda mereka...kenapa beliau berkata sedemikian bolehlah anda rujuk sendiri kepada Ustaz Farid Ravi, Berkenaan kenyataan MPM KUIS tersebut anda boleh rujuk posting di blog GEMA MAHASISWA

http://arrazzialhafiz.blogspot.com/2009/11/presiden-nasrul-izad-telah-di-isa-kan.html

berkenaan geran USIM , mungkin saya tersilap , namum jumlah 91 juta adalah mencukupi bagi KUIS kalau nak bagi YUran free kepada semua pejalar nyer...

Ingat saudara 91 juta geran, pelajar USIM bayar yuran jugak kan..cuba bandingkan

Usim = 91 juta (goverment) + yuran pelajar (MURAH) = belanja untuk 6000 pelajar
KUIS = 10 juta (MAIS) + yuran termurah IPTS = belanja untuk 6000 pelajar

MUJAHID MUDA said...
November 18, 2009 at 7:59 AM  
This comment has been removed by the author.
MUJAHID MUDA said...
November 18, 2009 at 8:13 AM  

terima kasih atas penjelasan tersebut. tetapi labelan bughoh itu terlalu berat, adakah bughoh hakiki?

jika bughoh majazi ok je...saya juga faham istilah bughoh tu.ia amat berat sekali tuduhan itu.

berkenaan Yuran IPTA & Ipta saya sudah lama faham, memang under government lebih baik 2,3x ganda dari private. sbab itulah saya memilih utk berada di ipta dari ipts.

Seperti yang saya postkan komen pada blog saudara tempoh hari. jika inilah keadaannya saya takkan galakkan saudara-mara saya sambung pelajran mereka ke IPTS melainkan jika mendapat tajaan dari mana2.

Jika saudara selesa dengan apa yang saudara nikmati sekarang,saudara rasa berbaloi. saudara berkemampuan, go on lah saudara. saya xkisah, lagipun saya tak rugi ape2 pun, adik beradik saya sumenya lepasan IPTA.

Tidak salah rasanya jika saya menyeru kepada adik-adik yang masih di bangku persekolahan supaya belajar rajin2 agar dapat diterima masuk IPTA dan jgn msuk ipts.Supaya dapat menikmati subsidi k'jaan untuk degree hnya RM9000 jer perlu bayar, tu dah termasuk dengan penginapan, pengankutan dan kemudahan2 lain yang tiada di IPTs.

Cuma apa yg sy kesalkan sekarang adalah seperti yang dikatakan oleh presiden SMM lah ,apa yang berlaku sekarang, seolah-olah menghalang kebangkitan ideologi mahasiswa. mereka terus dilabel dengan labelan yang tidak enak. Fitnah menfitnah antara satu sama lain.

Okla saudara, rase2nya tiada untungnya saya berdebat dengan saudara isu ini. Saudara juga tidak memperoleh apa2 hasil.

Ada baiknya saudara terus berdebat dengan mereka2 yang terlibat secara lansung dengan GMS.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said...
November 25, 2009 at 6:42 AM  

anda tengok kenyataan baru GMS, dulu kata budak kuis dapat RM 100 je lebih duit ptptn...http://www.malaysiakini.com/news/118157

Setelah ditolak beberapa pembayaran lagi seperti yuran kediaman, sukan, insurans takaful, seseorang pelajar menikmati baki antara RM400 hingga RM500 setiap semester.

Pelajar peringkat ijazah pula, katanya, terpaksa menanggung beban kenaikan RM105 bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran kepada RM255 pada 2007 berbanding tahun sebelumnya.

Akibat kenaikan itu, tambah Ahmad, ada antara mereka yang terpaksa membayar yuran pengajian kira-kira RM5,000 semester, sedangkan menerima pinjaman kira-kira RM8,000 daripada PTPTN.

Anonymous said...
November 26, 2009 at 1:47 AM  

aduss lawak sungguh saudara ni, tak keterlaluanlah jikalau saya katakan bahawasanya saudara ni memang seorang yang lurus bendul.
Apa bezanya antara RM100 dengan RM200? perbezaan sedikit itu pun masih nk diperbesarkan, saudara memang masih lagi tidak matang. lainlah jikalau jumlah perbezaannya sampai beribu2 ringgit.

jikalau RM 200 juga masih lagi tidak mampu menampung perbelanjaan selama 6bulan di kampus.
jikalau RM 200 @ RM500 utk 1 semester? brapa tiap2 bulan? mna nk makan, macamana nk beli buku?

saudara memang bacul..
pada hemat saya yuran kuis boleh lagi diturunkan..

cuba bayangkan jika yuran kuis ditrurunkan sebangayk 10%- 15 %, saya kira congak bodoh je..

jikalau purata RM3000 yuran kuis, itu termasuk dengan yuran ijazah, maka RM3000x 6000(jumlah studen keseluruhan) maka jumlah perolehan KUIS setiap semester RM18juta. Jadi Setahun RM36 juta, ditamb ah pula dengan RM10juta pertuntukan dari MAIS. keseluruhannya RM46 juta setahun.

RM46 juta, bukan jumlah yg sedikit.
jikalau saudara benar2 ingin menolak hujah saya sila saudara sertakan jumlah perbelanjaan bulanan kuis?

Usahlah nk berhujah dengan apa yang berlaku di USIM yang mendapat RM91 juta pun masih lagi studen kena bayar walaupun murah.

USIM mendapat geran dari pusat dengan jumlah yang besar , tetapi keadaannya tak sama dengan KUIS, perbelanjaan bulananannya besar, kampusnya 4x ganda lebih besar dari kuis. selain itu ia juga mempunyai 2 kampus. mahasiswa disana juga disedikan pengankutan bas dari kolej kediaman ke kampus, saya difahmkan jarak dua kolejnya ke kampus hampr 15km, pengankutan disedikan setengah jam sekali dari 8 pagi sampai 10 mlm. itu pun studennya hanya membayar RM25 utk satu semester.

jumlah pengakutan mereka pun dah melebihi perbelanjaan KUIS, so fakta USIM yang sudah mendapat geran dari pusat tetapi masih lagi perlu bayar yuran itu tidak releven utk menolak hujah kewajaran penurunan yuran kuis.

jikalau kUIS benar2 menjaga kebajikan mahasiswanya dan tidak berteraskan perniagaan semata2. saya rasa yuran tersebut patut diturunkan dengan sewajarnya.

# RM3000 yang dimaksudkan itu adalah secara purata setelah ia diturunkan. jikalau jumlah sebenar yuran sekarang ini ia lebih dari RM 3000. bahkan mencecah purata RM 4000 .

wallahuaklam

mahasiswa sedar.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said...
November 30, 2009 at 2:36 AM  

Hehe itulah saudara...bila nak menegak benang basah beza 300 pun sedara kata sikit, kalau kita nak berhujjah jgan main sentimen, fakta kena jelas...kalau fakta tak jelas..apa yg kita boleh pegang..dulu ckp 100 sekarang dah jadi 500, ada perbezaannya,...mungkin bagi sedara beza 400 tu kecil tapi kalau digunakan dengan bijaksana ada manfaatnyer,...

Persoalanya disini,,,GMS bertindak gopoh....tanpa fakta dan hujjah yang jelas....ini kerana pemimpin nya gila kuasa .hingga taj membuat sebarang kajian yang betul, analisis yang betul akhirnya kalah dengan fakta sendiri...

aku hairan betul dengan puak GMS, ni...kita orang belajar mak bapak tanggung, mak ayah saya..sanggup..berhabis untuk kita belajar...walaupun tak berada...mungkin GMS semuanya anak yatim...piatu ataupun mempunyai mak ayah yg tak berhati perut sanggup biarkan anak2 meminta sedekah supaya yuran turun.

Anonymous said...
December 1, 2009 at 11:29 AM  

kenapa tidak jawab persoalan2 anony diatas?

jelas disni saudara "dari mahasiswa" yg sebenarnya menegakkan benang yg basah... kamu semua memang bdak balaci JKM..

aku juga setuju dengan hujah yuran masih boleh diturunkan...

MUJAHID MUDA said...
December 1, 2009 at 5:17 PM  

MUJAHID MUDA said...
salam.. nampaknya ruanglingkup perdebatan isu GMS semakin melebar di blog saya ni, lontaran kata2 semakin sukar dikawal.. semakin hari semakin jauh tersasar dari apa yang dipejuangkan.

Come on la, kalu nk berdebat biarlah berhikmah, gunakanlah cara yang bersih.

jikalau sampai ke tahap menceroboh blog org dan merompak indentiti untuk mengacau bilaukan dan mengelirukan org itu bukan cara anak jantan.

Be reponsible la skit. Ini bukan cara yang ditutut oleh agama.. matlamat tidak akan menghalalkan cara.

Nak behujah, gunakan uslub yang berhikmah, datangkan hujah2 yang matang dan reasonable yang releven dengan isu.

Tak payah la guna cara pondan sebegini ok.

Anonymous said...
December 13, 2009 at 2:12 AM  

GMS menetang BTN sila ke blog kami tanda sokongan http://gmskuis-official.blogspot.com/

dari pondan GMS


ANDA PENGUNJUNG KE:

KOLEKSI GAMBARKU

Koleksi Soal Jawab Agama

SAIFULISLAM

HADIS DAN ISU SEMASA

SELOKA AURAT



Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung, Agar syaitan susah nakbertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati.........

LIVE CHATTING

SIAPA AKU.....

My photo
Berasal dari KELANTAN+ PAHANG, Malaysia
Aku hanyalah insan kerdil yang diciptakan Allah di muka bumi ini untuk memperhambakan diri kepadaNya, pada hakikatnya aku tidak punya apa-apa kelebihan namun aku cuba untuk berbakti dan memberi manfaat kepada seluruh warga dunia ini... Hidup biarlah bermanfaat "Agi idup agi ngelaban" aku adalah keponakan yang masih lagi belajar seandainya tersalah silap mohon tunjuk ajar dari kalian yang ilmunya penuh di dada. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN - Mendapat pendidikan awal di Pasti Nur falahiah Sungai Sok ( 1991). - Meneruskan persekolahan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok ( SKSS 1993-1998 ) - SMU ( A ) Falahiah Sungai Sok (1999- 2004 ) - Maahad Rahmaniah Kuala Krai (2005). - USM - Universiti Sains islam Malaysia ( 2006 - now )

FOLLOWERS