Salam Alaik..
PAS Berpecah ?
Sejak mutakhir ini isu perpecahan jemaah PAS sering menjadi topik bualan hangat samada di media arus perdana dan media Alternatif.
Apa yang berlaku hari ini rentetan daripada isu Kerajaan Perpaduan( Unity Govt) yang dicadangkan Presiden PAS TG Haji Hadi, selepas muktamar tahunan PAS yang lalu. walaupun dalam muktamar tersebut telah disepakati oleh semua untuk PAS terus bersama dengan Pakatan Rakyat. Namun entah mengapa cadangan Kerajaan Perpaduan ini terkeluar dari mulut TGHH dan di sokong pula oleh timbalannya Ust Nasharuddin M.ISa. Namun Ianya ditentang keras oleh Mursyidul Am PAS ,TG Nik AZiz, maka berlakulah sedikit perselisihan antara dua ulamak yang juga pimpinan tetinggi parti tersebut.
Isu ini sangat memberi kesan kepada keharmonian dalam jemaah PAS , ini kerana pemimpin PAS seolah-olah berpecah kepada dua puak antara pro-UG dan anti-UG. Pihak yang pro-UG diketuai oleh TGHH dan timbalannya , manakala puak yang anti-UG pula diketuai oleh TG Datuk Mursyidul Am.
Walaupun isu ini telah selesai dengan penjelasan TGHH bahawasanya Ianya telah berakhir dan PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, beliau menegaskan bahawa isu Kerajaan Perpaduan telah "tutup buku" dan tiada lagi rundingan ke arah itu. Namun ianya terus menjadi mainan media, terutamanya bloger-bloger. bloger Pro-PAS juga terkecuali memainkan isu ini dengan mengambil maklumat yang tidak soheh untuk memuatkan dalam blog masing-masing.
Media Alternatif
Dewasa ini media alternatif menjadi daya tarikan berbanding media arus pedana terutamanya golongan muda. keberkesanannya terbuti apabila kekalahan teruk BN dalam
PRU ke-13 lalu, mereka hilang penguasaan 2/3 majoriti parlimen dan hilang 5 negeri . pada ketika itu media alternatif dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang.
Keberkesanan media alternatif ini telah disedari oleh pimpinan UMNO, sekarang ini kemunculan bloger-bloger pro-BN bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka sentiasa mengambil kesempatan dalam isu-isu kini terutamanya dalam menyelongkar isu dalaman pihak pembangkang terutamanya PAS untuk diperbesar-besarkan. Seperti isu kerajaan perpaduan ( UG), terhangat kini isu bia'ah wakil rakyat PAS dalam pilihanraya.
Selain bloger-bloger yang pro-BN , kemunculan bloger yang munafiq yang menyamar sebagai bloger Pro-PAS juga tidak terkecuali. Mereka ini sentiasa melaga-lagakan antara pemimpin PAS.
mereka sanggup melacurkan diri mereka untuk menjadi hamba abdi kepada nafsu dengan menulis artikel-artikel yang bermatlamatkan untuk memecah belahkan pemimpin-pemimpin jemaah Islam PAS. Pada zahirnya blog-blog seumpama ini adalah Pro-PAS, tetapi pada hakikatnya mereka adalah "zulwajhain".
Kecuaian beberapa pemimpin PAS dalam menangani beberapa isu mutakhir ini mengundang padah. Bloger Munafik ini akan sentiasa mengambil kesempatan dari kelemahan dan kecuaian tersebut. pada hari ini usaha mereka untuk memeecah belahkan PAS semakin menampakkan hasilnya. Rakyat semakin ragu-ragu dengan kepimpinan PAS.
Sebagai penyokong jemaah PAS yang cintakan kepada kesucian perjuangan islam, kita haruslah berhati-hati dan teliti dalam mendapatkan sebarang maklumat. agar kita tidak tersalah memilih maklumat yang salah daripada bloger-bloger munafik tersebut. selain itu kita juga jangan mudah melatah dengan artikel-artikel yang tidak enak dikeluarkan oleh mana-mana blog tentang PAS atau Pakatan Rakyat.
Ketahuilah bahwasanya pihak musuh sentiasa memerhatikan segala gerak geri kita. mereka akan mengambil peluang dari segala kecuaian dan kelemahan untuk menghancurkan kita. seprti mana kata saidina Ali R.a " Kebenaran akan dihancurkan oleh kebatilan yang berperancangan".
semoga Allah sentiasa bersama kita ..amin..
by mujahid muda
KAI Buka Lowongan Masinis dan Staf Pemeliharaan
-
*KAI Buka Lowongan Masinis dan Staf Pemeliharaan* - PT Kеrеtа Api
Indоnеѕіа (Pеrѕеrо) аtаu KAI уаng mеruраkаn Bаdаn Usaha Mіlіk Nеgаrа (BUMN)
Indonesia уа...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment