H1N1 RAHMAT ??

Sunday, August 30, 2009 · 0 comments




Alhamdulillah hari ini genaplah 52 tahun KEMERDEKAAN negara yang kita cintai ini, berlainan dengan tahun-tahun sebelum ini, tahun ini tidak sehebat tahun-tahun lepas, tiada perhimpunan pengiraan detik jam 12 di dataran merdeka,tiada pembaziran wang kerajaan, tiada unsur-unsur membawa kepada kemaksiatan, tetapi ianya hanya dilansungkan dalam 40 minit shaja, ini adalah kerana "Rahmat" H1n1 melanda , kenapa ku katakan ianya sebagai rahmat?? mungkin ada yang mempersoalkannya, bahkan ada yang membangkangku tak kurang ada yang meyampah seranahku jika terbaca postku dalam blog usangku ini, apa taknya, H1n1 adalah satu wabak penyakit yang merbahaya sehingga membunuh puluhan manusia di negara kita, bahkan ribuan yang angka kematian dicatatkan di seluruh dunia, ribuan pusat-pusat pengajian ditutup kerana serangan wabak ini. jadi ia bukan rahmatlah , ia suatu bala...

jika dilihat secara zahir memanglah ia benar ia suatu bala bencana, tetapi haruslah kita fikirkan apa yang tersirat di sebalik kedatangan yang tak diundang wabak maut tersebut. pada hari ini hanya beberapa kerat sahaja insan yang dibukakan hijab mata hatinya untuk berfikiran sepertiku, yang lainnya hanya memikirkan cara untuk lari jauh-jauh darinya, para doktor sibuk berusaha mencipta vaksin sebagai penawar , para bomoh kampung juga tak kurang hebatnya mencari herba-herba ubatan, para peniaga juga sibuk mengambil peluang yang ada ini untuk mencipta kekayaan dengan menjual "mask" kepada yang memerlukan.

Bahayakan wabak H1n1 ni, memang menyusahkan semua orang. Masihkah ianya rahmat?? walaupape pun ,aku tetap katakan ianya sebagai rahmat. kenapa ya??
fikir-fikirkanlah..

MENCARI LAILATUQADR..

Friday, August 28, 2009 · 0 comments



PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN. PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:


AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN


ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;


SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;


KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;


SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!
Tanda malam Qadar ialah :

malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA

ANAK-ANAKKU YANG COMEL-COMEL

· 0 comments



Ni first anak buah aku, 7 tahun ,sekolah di Sk Hamzah Machang, Aishah Amalin bt Ubaidillah nama penuhnya , puteri sulung kepada pasangan Ubaidillah& S.Nor, orangnya agak cerewek tp genius otaknya leh tahan kire , selalu dapat nombor dalam peperiksaan kelasnya, autanya juga tak kurang hebatnya , macam p.cik dia agaknya kot , nakalnya takla sehebat adik-adiknya yang hero-hero tu , buat mase ni dialah satu-satunya putri dari dlam keluarga Ubai& S. Nor, kami memanggilnya "kakak", marah sekali bila dipanggil Kak Long, mm nampaknya Daddy & mummy dia kene kerja keras lagi laa klau nak tambah putri lagi.. katanya nak jadi doktor bila besar nanti...kena belajar pandai-pandaila Kakak lau nk jadi doktor gak, mm kalu ambik medic kat U p.cik pon ok gak..leh la p.cik datang melawat U p.cik ni, camane la jadinya 10 tahun akan datang.. heheee



Mohd. Zikril Hakim, suke sekali bila dipanngil Abe, mungkin sbb dia lah cucu sulung lelaki keluarga kami kot.. hee , sekarang umornya 5 tahun. ni ke2 Bro Ubai, yang ni memang dilahirkan untuk banyak bercakap, ada-ada saja modalnya walaupun telo, telonya memang A class laa hehe, tp alhamdillah sekrang ni sejak masuk sekolah telonya hilang dan leh kecek cam orang lain, " ummi abe nak yengki" , " Mak hapa henduk hamo tak hake"antara kata-katanya yang msih ku ingat sampai la ni, kompem orang lain xpaham kan, xpelah biarlah kami je yang faham bahasa anehnya tu..geniusnya leh lawan kakaknya bahkan kalu bab-bab menghafaz lebih dia lagi, kata daddynye , anak yang ni sorang ummi dia nak hantar sekolah tahfiz. insyallah......




Mohd Arif Najmi, 4 tahun . orangnya agak panas baran, melawan memang hobinya, marah sekali kalau disentuh telinganya, yang ni anak daddy dan juga cucu manja atuknye, oleh kerana sebutan huruf 'r'nya kurang menjadi dia menggelarkan nama dirinya "anggeh", oleh kerana selalu bersama "Abe" terjangkit sedikit telo tu, seperti juga Abe stelah dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak , telonya automatik hilang.. katanya bila besar nanti nak jadi tentera macam daddy nye..



Ish poyonyoo, hehehe ni M. Haikal Darimi namenye, 1 tahun setengah, paling nakal dalam adik beradiknya, buasnya memang tak terlawan, seperti juga abang-abang dan kakaknya, dia suka berdikari sejak kecil lagi, dalam usia setahun dah tak mau disuapkan, paling lucu dia nak pkaikan sendiri pampersnya, begitulah ngada-ngadanya si Haikal ni..mm dia ni kalau balik umah cik , kalau tak sebut "nak gi nda la cik " ditambah lagi dengan muka sedih dia mmg xsah ,huhh ni la modalnya tiap-tiap kali balik ..hee




Norhannan Sumayyah bt Nawawi, anak sulung Abangku yang sulung ,keluarga belahku memanggilnyadengan nama sumayyah dan keluarga belah mamanya memanggilnya Annan, umurnya muda seminggu dari Anggeh, seperti juga Anggeh mase keciknya kuat poyok, tp bila dah cerdik ni tabiat buruknya tu dah xdo lagi,
orangnya cerdik tapi time "peel" lebih dari budak kecik, dia ni seorang yang xpernah reti takut,
tengok kartun memang hobinya. klau bleh hadap tV pkul 3 pagi pun tak tidor lagi, ish2 nak jadi gapo ni.....



# ni anak2 buah aku fasa pertama hehee ... ada lagi 3 org , insyallah lain kali aku cerita plak darihal 3 orang anak buah aku yang fasa kedua tu...

to be continiu....



RAYA DAH TAK LAMA DAH ... WAA PAK CIK KENA SEDIA DUIT RAYA LA UNTUK ANAK-ANAK P.CIK NI, NK BELI BAJU RAYA PUN TKUT DADDY2 & MUMMY KORANG BELI LAKOW DOH.... LAGIPUN BAJET P.CIK XSEBERAPA LAGI .. MAKLUMLAH P.CIK MASIH LAGI STUDY , BILA P.CIK DAH KEJEOKLA ... ANAK-ANAK P.CIK NAK APE PUN P.CIK LEH BG.... HEE BUKAN SETAKAT ROTI CANAI TELOR KEDAI ABE NOR JAH P.CIK BELANJA..BAHKAN LEBIH DARI TU, MM..BILA TU EH AGK2NYA.. MESTI KORANG XSABAR2 NK TUNTUT JNJI NGAN PA.CIK NI, MASENYE ... MUNGKIN 2 TAHUN LAGI KOT , BILA P.CIK DAH ADA M.CIK HEHEHE...

























SMS CINTA..

· 0 comments

SMS CINTA... adus bila bercinta semuanya indah walaupun pahit hakikatnya, kalau TAK berSMS sehari memang satu perkara yang luar biasa dalam hidup mereka yang bercinta,mungkin gaduhkah?? atau si perempuan merajukkah?? mm perempuan ni suke merajuk kan... tmbah2 ngan dia tu sorang tu, sape tu p.cik??? pssst rahsia.... bila kehabisan kredit , rasa seolah-olah BAGAI nak gila.... demikianlah bahananya orang bercinta.

SAAT BERCINTA memang manis, segala janji indah ditaburkan, seolah-olah merekalah penentu perjalanan dunia.
seolah-olah masa depan mereka, merekalah yang tentukannya.

TETAPI BILA putus cinta, semua kenangan itu mengerikan, segala yang manis-manis dalam bercinta ditelan oleh kepahitan duka, saat inilah baru mereka sedar segala yang indah-indah dalam bercinta hanyalah mainan dan khayalan yang hanya memberi ruangan seluas-luasnya kepada Pak-Pak Syaitan untuk menjayakan agenda mereka untuk memastikan anak-anak Adam bersama mereka kelak di Akhirat nanti..

BILA SAAT PUTUS CINTA.. hanyalah Allah yang tahu... seksanya .......

APAKAH makna cinta???
masih ramai yang tidak tahu apa itu cinta yang hakiki .....( cinta Allah dan RasulNYA)

* P/S JANGANLAH bercinta jika kita tidak tahu apa itu cinta.. cintailah kepada yang berhak
dicintai.

* PADA FIKIRAN ANDA bagaimankah perwatakan Sender SMS tu.. romantikkah dia??, baikkah dia?? solehahkah dia???? jujurkah dia?? mm ALLAH sahaja yang maha mengetahuinya..

ALBI NIDA’

Thursday, August 27, 2009 · 0 comments

SERUAN HATI KECILKU....


Tanya pada diri ,
Diri ini hanya milikmu ,
Datanglah dekat, airmataku mengalir mengaharapkanmu,
Hanya padamu,
Dan jiwaku padamu,
Wahai kekasihku usia kita,
Usiaku seluruhku untukmu,

Cintamu adalah hayatku,
Dirimu buat kita bercinta ,
Sebenar-benar cinta ,
Hatuku di sini,
Keindahanmu milikku bersatu,

Hatiku memanggil,
harapkan engkau sentiasa setia,
hanya dirimu, setelah bertahun lihatlah sayang,
kita berjumpa di sini dan bersama,
airmataku mengalir keranamu,

Engkaulah kekasih ,
Diriku hanya untukmu ,
Kerana matamu,
aku serahkan segalanya

apa yang daku harapkan …..
indahnya kau di sisi bersamaku selamanya,
katakanlah padaku :
diri ini…..sekian lama mengharapkan hati ini , perasaan ini , bersama hati dan perasaanmu



#biarlah diriku teruskan hidupku dengan duniaku..semoga berbahagia dengan duniamu, aku bukanlah punyai pape kelebihan, aku hanya mampu mengharap pada bulan supaya jatuh ke riba, mustahil kan, "jangan jadi bodoh la Adi, bunga bukan sekuntum, carila yang lain yang lebih baik blana kokna lagi"...(sms dari seorang hamba Allah... ). walaupun kata2nya seolah-olah cuba mengambil kesempatan ke atasku , jika ku fikirkan memang ada benarnya jugak kata-katanya, apa guna aku melawan arus yang mengalir deras, semakin ku lawan semakin menyakitkan adala.... Allah maha Adil , segalanya ada hikmah di sebalik kedukaanku itu.


insyallah aku akan bangkit... di mana ada kemahuan di situ ada jalan..

THE BEST MUSLIM SHEDULE IN RAMADHAN

· 0 comments



4.00 pagi - Bangkit dari maut sughra.
Berdoalah kepada ALLAH dengan doa :
"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan".

Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak mungkin kebaikan pada hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian. ( bagi kaum hawa xpyah pkai make-up lah- )

4.20 pagi - Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku solatsunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, berdoalah kepada ALLAH.

- Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH.
Menangislah dan menyesali segala dosa.


- Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku solatsunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
Ketika sujud terakhir baca 11 kali, "Laillahailla anta subhanakainni kuntuminaz zolimin" dan sertakan di dalam hati segala hajat kita.

- Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku solatsunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan solatwitir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, mohon agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita dan amalan kita, serta memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Bersahur ( sunat perlewatkan sahur )

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Solatsunat Subuh, solatSubuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar solatatau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja bagi yang bekerja , bagi yang masih belajar buat persiapan sepatutnya sebagai pelajar – kemas-kemaskan buku dsb .
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - SolatSunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : "Sahaja aku solatsunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala".
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh.
- Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersolat dengan berselawat dan baca al-quran . Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai solatsunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg. memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg. -
Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
Bersujud syukurlah setelah selesai solatsunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg. - Gi bazaar Ramadhan - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg. - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", mohonlah kepada ALLAH agar amalan kita diterima.

Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
"Ya ALLAH , Ya Tuhanku , kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka".

Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm.
- Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seelok-eloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm. - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : "Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala". (JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH, aku hidup dan mati".
Ingatlah tidur adalah mati yg. sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan kita diterima dan diberkhati ALLAH. InsyaALLAH

SYAABAN & FADHAILNYA

Tuesday, August 11, 2009 · 0 comments


Kemunculan Bulan Syaaban sudah hampir ke penghujungnya. namun begitu masih belum terlambat untuk ku ceritakan sedikit sebanyak yang aku tahu tentang bulan yang penuh dengan keberkatan ini untuk dikongsi bersama semoga ia dijadikan peringatan dan renungan dlam menghadapi Syaaban yang bakal mendatang dan juga baki Syaaban yang masih ada .

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

NUR SYAABAN : TUTUR KATA SOPAN CERMIN KEIMANAN UMAT

· 0 comments






PADA Syaaban yang mulia ini, umat Islam digalakkan untuk menambah amal soleh masing-masing. Seboleh-bolehnya, jangan biarkan bulan ini berlaku begitu saja tanpa sebarang usaha untuk merebut segala keistimewaannya.
Dalam perkara ini, biarkanlah setiap perkara yang dilakukan itu kerana Allah. Memang tidak dinafikan, ada umat yang mahu merebut peluang dan keberkatan pada Syaaban, namun ada ketikanya amalan yang dibuat itu semata-mata kerana ingin bermegah-megah atau riak ataupun ikut-ikutan.Satu amalan yang mudah bagi kita laksanakan pada bulan Syaaban ialah memelihara tutur kata. Perkara ini sangat dituntut Islam, malah setiap perkataan baik akan diberikan ganjaran di sisi Allah.Inilah antara keindahan Islam. Segala yang baik akan mendapat balasan pahala manakala yang buruk mengundang dosa.Ada baiknya, selepas 10 hari berada dalam Syaaban ini, umat Islam menilai setiap amalan dan perlakuan, termasuk tutur kata mereka, dan bermuhasabah sejauh mana mereka sudah menghampiri keredaan Allah.Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya, seseorang itu akan bercakap-cakap dengan kata-kata yang diredai Allah, dan dia tidak menyangka kata-katanya itu akan menyampaikannya ke suatu tingkat tertentu, maka dicatatkan oleh Allah kata-kata itu mendapat keredaan-Nya hingga ke hari kiamat.“Dan seorang lain akan bercakap-cakap dengan kata-kata yang dimurkai Allah, dan dia tidak menyangka bahawa kata-kata itu akan menyampaikannya ke satu tingkat tertentu, maka dicatatkan oleh Allah dengan kata-kata itu kemurkaan-Nya ke atas orang itu hingga ke hari kiamat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi).Tutur kata baik diumpamakan mutiara yang disukai orang ramai dan meletakkan individu yang menuturkannya sebagai orang disenangi, disanjung, dicontohi dan diterima kata-kata itu untuk kebaikan.Perkataan tidak baik yang dikeluarkan dari mulut tidak ubah nilainya seperti najis. Tentunya orang waras tidak akan menyukai najis kerana ia dikaitkan dengan segala tidak baik dan hina. Jadi, begitulah pandangan kepada mereka yang menuturkan sesuatu perkataan tidak baik.Sabda Rasulullah, yang bermaksud: “Sesungguhnya, orang yang berkata-kata dengan kata-kata yang mentertawakan kawan yang duduk bersamanya, maka dia akan jatuh dengan kata-kata itu lebih jauh daripada bintang di angkasa.” (Hadis riwayat Ibnu Abid-Dunya).Dalam masyarakat Melayu yang tinggi pegangan agama, mempunyai cara yang halus untuk memperkatakan perkara buruk. Nenek moyang kita mengajar menggunakan bahasa kias dan sindiran untuk menegur keburukan orang lain. Ini jelas menunjukkan pekerti orang Melayu begitu luhur seperti ditetapkan ajaran agama. Rasulullah menyatakan antara tanda keimanan kepada Allah ialah menjaga tutur kata. Sabda Baginda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata (perkara) yang baik atau (lebih baik) dia diam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Untuk mengelak diri terperangkap dengan fitnah mulut, dalam banyak keadaan adalah lebih baik berdiam diri. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa suka selamat, maka hendaklah dia membiasakan diam.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)Malahan, umat Islam sering kali diingatkan supaya jangan sekali-kali bersama atau menyertai kumpulan individu yang sering mengucapkan perkataan buruk kerana ditakuti terpengaruh.Ingatan itu dinyatakan dalam firman Allah, yang bermaksud: “Dan kami dulu (di dunia) selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang yang memperkatakannya.” (Surah al-Muddasir, ayat 45)Malah, diperjelaskan larangan berada bersama orang yang sering memperkatakan perkara yang tidak benar kerana ditakuti turut membabitkan diri dengan keburukan.Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya, Allah pun menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) dalam kitab (al-Quran) iaitu, apabila kamu mendengar ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka memperkatakan perkara lain, kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. “Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir dalam neraka Jahanam.” (Surah an-Nisaa’, ayat 140).


ANDA PENGUNJUNG KE:

KOLEKSI GAMBARKU

Koleksi Soal Jawab Agama

SAIFULISLAM

HADIS DAN ISU SEMASA

SELOKA AURAT



Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung, Agar syaitan susah nakbertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati.........

LIVE CHATTING

SIAPA AKU.....

My photo
Berasal dari KELANTAN+ PAHANG, Malaysia
Aku hanyalah insan kerdil yang diciptakan Allah di muka bumi ini untuk memperhambakan diri kepadaNya, pada hakikatnya aku tidak punya apa-apa kelebihan namun aku cuba untuk berbakti dan memberi manfaat kepada seluruh warga dunia ini... Hidup biarlah bermanfaat "Agi idup agi ngelaban" aku adalah keponakan yang masih lagi belajar seandainya tersalah silap mohon tunjuk ajar dari kalian yang ilmunya penuh di dada. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN - Mendapat pendidikan awal di Pasti Nur falahiah Sungai Sok ( 1991). - Meneruskan persekolahan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok ( SKSS 1993-1998 ) - SMU ( A ) Falahiah Sungai Sok (1999- 2004 ) - Maahad Rahmaniah Kuala Krai (2005). - USM - Universiti Sains islam Malaysia ( 2006 - now )

FOLLOWERS