
2 syawal yang lalu , aku telah menghadiri satu Jamuan Reunion Aidilfitri rakan-rakan bekas pelajar SMU( a) Falahiah SPM bath 2004, setelah berpisah hampir lima tahun lamanya membawa haluan masing-masing , bertemu jualah kami pada hari tersebut di dewan al-falah . Pengetua dan cikgu-cikgu juga turut hadir sama memeriahkan majlis tersebut. Reunion seumpama ini adalah pertama kalinya diadakan oleh alumni Falahiah . Ianya diharap akan menjadi perintis kepada program-program seumpama ini pada masa akan datang.
Pada mulanya aku agak kemalasan untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut, tetapi oleh kerana ikatan yang dinamakan persahabatan aku rajinkan diriku untuk hadir , seronok juga apabila dapat berkumpul begini, segala kenangan di alam persekolahan dahulu menjadi topik bualan. Lucukan bila teringatkan kenangan semasa alam persekolahan dulu. Maklumlah dari soff awwal i'dadi sehinggalah tingkatan lima kami bersama, beribu kenangan terbina sepanjang tempoh itu.
Rendah pula rasa diri ini apabila berhadapan dengan mereka dari kalanganku yang sudah berjaya, mereka yang datang hebat dengan kenderaan masing-masing, si lelaki tampan dengan langkah keterunaannya, si wanita pula kelihatan jangok mengalahkan modelis, dah pandai bergaya katakan, tidakla seperti di alam kekanakan dulu, semuanya masih"pughah" , ataupun lebih sesuai lagi "serebeh weh " kata orang klate. sekarang semuanya dah berubah, maklumlah semuanya dah besar panjang.
Ketika berada dalam majlis tersebut, aku memilih untuk berada di meja bersama dengan pengetua dan Ustaz ustazan, jadi bualanku tidaklah sehebat rakan rakan hadirin yang lain, kadang-kadang aku curi-curi dengar apa yang mereka bualkan. memang rancak serancaknya diselangi dengan getusan ketawa kenakalan.
Walaupun aku tidaklah beromong serancak mereka yang lain, namun aku sempat bertanya khabar kepada mereka, alhamdulillah selain yang masih belajar sepertiku ,ramai juga dari rakan-rakan sekelasku dulu yang berkerjaya hebat, ada yang jadi ejen ansuran, ada yang menjadi manager hotel, wahh hebatkan mereka. Ramai juga dari kalanganku yang sudah berumahtangga. Dan tak kurang pula yang akan berkahwin dalam masa terdekat ini.
Mereka sudah bekahwin , aku bila??? hahaha jawapan ini hanya Allah yang tahu, bukan aku tak mahu kahwin, tetapi keadaan memaksaku untuk terus membujang lagi, banyak lagi benda yang aku belum setelkan, atau dalam erti kata lain secara mudahnya aku masih belum berkemampuanlah untuk berumah tangga seperti mereka yang bertuah itu. Tentang keinginan tu hanya Allah yang tahu. tidak normallah jika orang seusiaku ini masih lagi tidak terfikir ke arah itu.
Jika aku berkemampuan bila-bila masa sahaja aku boleh, soal calon aku tak perlulah dirisaukan, ramai gadis-gadis solehah di luar sana menantiku, Bila bercakap soal kemampuan , teringat aku akan sabda jujungan besar kita SAW yang diriwayatkan oleh imam al-Bukahri dalam kitab Shahihya yang bermaksud:
"Wahai para pemuda, barangsiapa yang sudah berkemampuan untuk memikul bebanan hidup berkeluarga maka hendkalah dia berkawin. Sesungguhnya perkawinan itu lebih dapat mengawal gejolak mata dan nafsu seksual, tetapi barangsiapa yang belum berkemampuan hendaklah dia berpuasa karana (puasa itu) adalah benteng (penjagaan) baginya."
Jika berpandukan pada nas hadis ini , maka orang-orang yang sewaktu denganku kenalah berpuasa untuk mengawal nafsu daripada mengganas. Hanya puasa dapat menundukkan nafsu. sesungguhnya jihad yang lebih besar adalah jihad melawan hawa nafsu.
Alhamdulilah .......setakat ini, masih lagi dapat mengawal diriku. Jadi tak perlulah aku berpuasa..
Semoga Allah sentiasa melindungiku...... amin
by Mujahid Muda.
0 comments:
Post a Comment