Salam Alaik.Semalam (16 Nov 2009) aku ke Kolej Acacia untuk menghadiri satu perjumpaan bersama Pemangku TNC ( Timb. Naib Canselor ) Prof Mohamad B. Haji Ilyas dan juga pihak pengurusan kolej tersebut, pengetua kolej turut hadir. Mesyuarat tersebut bagi membincangkan hala tuju JAKSA dan mengenai permasalahan penghuni kolej tersebut serta tuntutan-tuntutan mereka yang masih belum dipenuhi.
Antara tuntutan dikemukakan untuk dibawa ke pihak atasan adalah seperti pembinaan pos security, pembinaan tempat parking motosikal, tempat bus stop yang lebih kondusif, pembinaan ruang rehat pelajar, penambahan watercooler dan sebagainya. Mudah-mudahan ia dapat dilaksanakan dengan seberapa segera.
Memandangkan Kolej itu berada di tempat awam segala pembinaan kemudahan pelajar di ruangan bawah sukar dilaksanakan kerana ia perlu mendapatkan kelulusan dari Majlis Perbandaran Nilai ( MPN ) terlebih dahulu.
Di samping itu penempatan felo juga agak bermasalah di kolej itu memandangkan keseluruhannya penghuni mahasiswi. Segala permasalahan mengenai felo diserahkan kepada pihak HEP melalui unit k3pnya, mereka lebih arif mengenainya.
Selain berbincang mengenai permasalahan penghuni, Prof Mohamad juga memaklumkan beberapa maklumat penting universiti untuk dihebahkan kepada mahasiswa/i keseluruhannya.
Antaranya beliau memaklumkan bahawa peruntukan dari pusat ( KPT ) tahun hadapan ( 2010) untuk universiti ini dikurangkan sebanyak 33% berbanding sebelumnya. Jika sebelum ini peruntukan tahunan untuk USIM RM 91 juta, maka tahun 2010 USIM hanya akan menerima RM60 juta .
Kesan daripada kekurangan peruntukan Pusat itu akan memungkinkan langkah penjimatan akan dilaksanakan. Ia juga akan melibatkan perubahan drastik dalam beberapa dasar pentadbiran universiti.
Antaranya adalah pengurangan kekerapan perjalanan bas ke kolej-kolej kediaman, kemudahan bas hanya akan disediakan di kolej-kolej kediaman yang jauh sahaja, seperti KK Nilam Court, KK Camelia Court dan KK Sutera Indah, untuk kolej kediaman yang dekat dengan kampus seperti Acacia Avenue dan Desa Jati berkemungkinan tiada perkhidmatan bas di sana. Ini adalah kerana peruntukan universiti paling besar digunakan adalah untuk pengangkutan harian pelajar dari kolej kediaman ke kampus, ia melibatkan jutaan ringgit sebulan.
Namun ianya masih lagi dalam kajian di peringkat pentadbiran tentang kerasionalan perlaksanaannya. Pandangan mahasiswa keseluruhannya harus didengari terlebih dahulu.
Selain itu kempen penjimatan penggunaan elektrik dan air di kalangan pelajar juga harus diperhebatkan , kerana menurut Prof Mohamad kos perbelanjaan electricty dan air bulanan universiti mencecah RM600 ribu ringgit. Bayangkanlah jika setahun RM600000x 12 jadi hampir RM 7 juta lebih dibelanjakan untuk itu sahaja.
Bagi memastikan pembangunan universti berjalan lancar langkah-langkah penjimatan harus dilaksanakan oleh semua pihak, samada pihak pentadbiran dan juga warga USIM keseluruhannya.
Konklusinya, kita sebagai mahasiswa USIM yang sentiasa "gembira bersama USIM" kita harus sedar akan semua permasalahan ini. Oleh itu " Gerakan Mahasiswa Sedar" juga harus digerakkan di sini. Semua persatuan pelajar dan juga MPP harus bersama-sama dalam gerakan ini bagi menyedarkan pelajar-pelajar keseluruhannya, agar segala perancangan universiti terlaksana. Apalah sangat setakat yuran yuran pengangkutan dan juga yuran peralatan yang bernilai RM25 yang kita bayar tu jika dibandingkan dengan apa yang kita dapat nikmati.
Wednesday, November 11, 2009
by
MUJAHID MUDA
· 2
comments
RANTAU PANJANG: Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan dipandunya terbabas gara-gara lima lembu melintas secara tiba-tiba dalam kejadian di depan Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Muhammadi, Banggol Kulim, Rantau Panjang, semalam.
Dalam kejadian jam 6.20 pagi, mangsa, Mat Taufik Mohd Yusof, 40, hampir maut apabila van dipandu terhumban dalam parit sedalam dua meter menyebabkannya cedera di badan.
Dia yang memandu van Nissan Vanette berkata, kejadian berlaku ketika memandu seorang diri sebelum melihat lembu berkeliaran di tepi jalan melintas secara tiba-tiba.
“Disebabkan kejadian itu, saya hilang kawalan sebelum merempuh kelima-lima lembu itu menyebabkan van terhumban dalam parit sedalam dua meter.
“Walaupun parit itu dalam, saya bersyukur kerana hanya cedera ringan, tetapi kenderaan saya rosak teruk,” katanya.
Katanya, kejadian itu menyebabkan dua lembu terbabit mati manakala tiga lagi cedera termasuk seekor terpaksa disembelih penduduk kampung.
“Saya harap pemilik lembu menjaga ternakan mereka dan tidak membiarkan haiwan ternakan itu berkeliaran di jalanan kerana membahayakan nyawa pengguna terutama ketika musim hujan,” katanya.
( petikan Akhbar Harian Metro , 11 nov 2009 )
* Mat Taufik adalah bapa saudara ku. alhamdilulillah beliau selmat dalam kemalanagan tersebut..
Tuesday, November 10, 2009
by
MUJAHID MUDA
· 17
comments
Salam Alaik.
Suhu di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS ) agak panas mutakhir ini ekoran satu demonstrasi aman yang dianjurkan oleh gerakan pelajar yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mahasiswa Sedar ( GMS) , mendesak penurunan yuran sebanyak 10% & 15% bagi pelajar Diploma dan Sarjana muda dalam pelbagai jurusan yang di sana. Gerakan ini diketuai oleh Mohd Syafiq Akmal mohd. kamil dan timbalannya Akram Ikrami Bin Taib Azamudden yang juga tydp MPP Kuis. Sehingga hari ini jalan penyelesainnya menemui jalan buntu.
walaupun semalam satu perhimpunan perdana Mahasiswa (HIMSIS) dianjurkan bagi menyelesai permasalahan ini namun jalan penyelesaian bagi kemelut ini masih lagi belum menampakkan hasil.
Pada mulanya aku tidaklah berapa suka untuk menjaga tepi kain orang untuk berbicara tentang isu ini. Tetapi memandangkan ianya dah semakin berlarutan dan menjadi semakin parah, Keadaan ini memaksaku untuk mencoretkan sedikit pandanganku tentangnya. Kerana bagiku sebagai seorang mahasiswa , segala isu berkaitan mahasiswa adalah juga menjadi isu kita bersama samada di ipta ataupun ipts.
Sekilas pandang, apa yang dilakukan oleh GMS haruslah dipuji. Ini adalah kerana mereka menuntut hak kebajikan pelajar keseluruhannya. Sape tak sokong kalau yuran turun hatta yang berada di ipta sekalipun, Namun aku tidak tau sejauh manakah kebenaran perjuangan mereka. Sebagai orang luar aku tidak berhak menyokong ataupun menentang. Aku tidak tahu apa waki' di sana. Aku hanyalah mampu memerhati. Adakah ianya sama dengan apa yang berlaku di ipta , yang mana puak Aspirasi vs puak Pro-mahasiswa ( pro-m).
Jika di ipta puak Aspirasi sentiasa dilabel sebagi pro kepada kerajaan dan Pro-m pula pro kepada pembangkang. Segala ketidak adilan dan penindasan terhadap mahasiswa/i samada di kampus ataupun di luar kampus menjadi tanggungjawab kepada pro-m. Manakala puak Aspirasi pula merupakan pembela pihak hep dan pengurusan dalam segala hal, mereka hanya meng'yes' sahaja segala yang dilaksanakan pihak pentadbiran, Jika dilihat pada konteks ini, adakah apa yang berlaku di kuis adalah sama sama dengan apa yang berlaku di ipta, jika ianya sama maka GMS berhak bersama-sama dengan pro-m dalam membela nasib mahasiswa tertindas. Namun benarkah penuntut di sana ditindas oleh pentadbiran (JPM) disana? Pada pengamatan aku, apa yang berlaku di sana telah banyak memberi kesan kepada semua, samada dari sudut positif dan juga negetifnya.ia akan menjadi negetif bagi mereka yang menegetifkannya , begitulah juga sebaliknya. Depend on individu lah.
Menuntut hak dan keadilan sesama manusia tidak salah bahkan fardu ain ke atas setiap muslim, namun biarlah ia kena pada caranya, jangan kerana kita orang lain menjadi mangsa. Jika dirasakan jalan demonstasi adalah jalan terbaik, go on lah. Kerana sejarah telah membuktikan kejayaan demonstrasi dalam menyelesaikan permasalahan negara , sebagai contohnya hasil daripada beberapa demonstarsi di ibu negara seperti perhimpunan raksasa BERSIH yang menuntut ketelusan dalam pilihanraya, perhimpunan mansuh ISA oleh GMI dan perhimpunan MANSUH pembelajaran dan pengajaran mate sains dalam bahasa inggeris (PPSMI) oleh GMP.
Hasil daripada demonstrasi tersebut pihak kerajaan mulai sedar akan kehendak rakyat, tuntutan demi tuntutan mulai dipenuhi walaupun tidak keseluruhannya, maka hasilnya kita dapati SPR telah meningkatkan ketelusannya dalam mengendalikan pilihanraya umum ke12 yang lalu dan juga pilihanraya2 kecil selepasnya dengan menyediakan peti undi lutsinar, PPSMI pula akan dimansuhkan mulai 2012 ,begitu juga dengan ISA, kerajaan telah mengkaji semula dan ianya bakal dirubah perlaksaanya.
Namun perlu diingat, berdemonstrasi adalah jalan terakhir setelah gagal dengan jalan-jalan penyelesaian yang lain. Dan harus juga diingat tidak 100% kejayaan sesuatu perkara itu hasil dari demonstasi.
Tidak keseluruhan demonstrasi berjaya mencapai matlamatnya.Ia bergantung kepada kerasionalan apa yang dituntutkan.
Dalam isu kuis aku tidak memihak kepada mana-mana pihak, samada MPM ( majlis perwakilan mahiswa ) ataupun GMS ( Gerakan Mahasiswa Sedar ) siapalah aku untuk berbuat demikian. Aku tidak boleh menyokong dan menentang sembrono. Aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sana. Yang benar ,benarlah . teruskan perjuangan anda, yang salah pula usahlah menegakkan benang yang basah.
Kesimpulannya sebagai mahasiswa islam, haruslah kita matang dalam menyelesaikan sebarang permasalahan. Gunakan semaksimum mungkin keintelektualan kemahasiswaan yang dianugerahkan Allah kepada kita, Ingat apa yang kita lakukan sentiasa dicatat walaupun sebesar zarah sekalipun, janganlah kerana perkara tersebut kita berpecah belah dan menabur fitnah sesama muslim, ingat dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh. Bersatulah wahai sahabat-sahabatku. perselisihan pendapat itu perkara biasa, yang penting janganlah kita terlalu over sehingga ianya boleh menghancurkan keharmonian sesama muslim dan lebih teruk lagi merencatkan keimanan.
wallahuaklam...
By mujahid muda.
# mohon kemaafan jika ada yang terasa dengan tulisanku yang tak seberapa ini. artikel ni telah diedit semula pada 13 nov 2009, kerana terdapat sedikit keslahan fakta. terima kasih kepada saudari yg memberi maklumat.
Sejak mutakhir ini isu perpecahan jemaah PAS sering menjadi topik bualan hangat samada di media arus perdana dan media Alternatif.
Apa yang berlaku hari ini rentetan daripada isu Kerajaan Perpaduan( Unity Govt) yang dicadangkan Presiden PAS TG Haji Hadi, selepas muktamar tahunan PAS yang lalu. walaupun dalam muktamar tersebut telah disepakati oleh semua untuk PAS terus bersama dengan Pakatan Rakyat. Namun entah mengapa cadangan Kerajaan Perpaduan ini terkeluar dari mulut TGHH dan di sokong pula oleh timbalannya Ust Nasharuddin M.ISa. Namun Ianya ditentang keras oleh Mursyidul Am PAS ,TG Nik AZiz, maka berlakulah sedikit perselisihan antara dua ulamak yang juga pimpinan tetinggi parti tersebut.
Isu ini sangat memberi kesan kepada keharmonian dalam jemaah PAS , ini kerana pemimpin PAS seolah-olah berpecah kepada dua puak antara pro-UG dan anti-UG. Pihak yang pro-UG diketuai oleh TGHH dan timbalannya , manakala puak yang anti-UG pula diketuai oleh TG Datuk Mursyidul Am.
Walaupun isu ini telah selesai dengan penjelasan TGHH bahawasanya Ianya telah berakhir dan PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, beliau menegaskan bahawa isu Kerajaan Perpaduan telah "tutup buku" dan tiada lagi rundingan ke arah itu. Namun ianya terus menjadi mainan media, terutamanya bloger-bloger. bloger Pro-PAS juga terkecuali memainkan isu ini dengan mengambil maklumat yang tidak soheh untuk memuatkan dalam blog masing-masing.
Media Alternatif
Dewasa ini media alternatif menjadi daya tarikan berbanding media arus pedana terutamanya golongan muda. keberkesanannya terbuti apabila kekalahan teruk BN dalam PRU ke-13 lalu, mereka hilang penguasaan 2/3 majoriti parlimen dan hilang 5 negeri . pada ketika itu media alternatif dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang.
Keberkesanan media alternatif ini telah disedari oleh pimpinan UMNO, sekarang ini kemunculan bloger-bloger pro-BN bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka sentiasa mengambil kesempatan dalam isu-isu kini terutamanya dalam menyelongkar isu dalaman pihak pembangkang terutamanya PAS untuk diperbesar-besarkan. Seperti isu kerajaan perpaduan ( UG), terhangat kini isu bia'ah wakil rakyat PAS dalam pilihanraya.
Selain bloger-bloger yang pro-BN , kemunculan bloger yang munafiq yang menyamar sebagai bloger Pro-PAS juga tidak terkecuali. Mereka ini sentiasa melaga-lagakan antara pemimpin PAS. mereka sanggup melacurkan diri mereka untuk menjadi hamba abdi kepada nafsu dengan menulis artikel-artikel yang bermatlamatkan untuk memecah belahkan pemimpin-pemimpin jemaah Islam PAS. Pada zahirnya blog-blog seumpama ini adalah Pro-PAS, tetapi pada hakikatnya mereka adalah "zulwajhain".
Kecuaian beberapa pemimpin PAS dalam menangani beberapa isu mutakhir ini mengundang padah. Bloger Munafik ini akan sentiasa mengambil kesempatan dari kelemahan dan kecuaian tersebut. pada hari ini usaha mereka untuk memeecah belahkan PAS semakin menampakkan hasilnya. Rakyat semakin ragu-ragu dengan kepimpinan PAS.
Sebagai penyokong jemaah PAS yang cintakan kepada kesucian perjuangan islam, kita haruslah berhati-hati dan teliti dalam mendapatkan sebarang maklumat. agar kita tidak tersalah memilih maklumat yang salah daripada bloger-bloger munafik tersebut. selain itu kita juga jangan mudah melatah dengan artikel-artikel yang tidak enak dikeluarkan oleh mana-mana blog tentang PAS atau Pakatan Rakyat.
Ketahuilah bahwasanya pihak musuh sentiasa memerhatikan segala gerak geri kita. mereka akan mengambil peluang dari segala kecuaian dan kelemahan untuk menghancurkan kita. seprti mana kata saidina Ali R.a " Kebenaran akan dihancurkan oleh kebatilan yang berperancangan".
KAI Buka Lowongan Masinis dan Staf Pemeliharaan
-
*KAI Buka Lowongan Masinis dan Staf Pemeliharaan* - PT Kеrеtа Api
Indоnеѕіа (Pеrѕеrо) аtаu KAI уаng mеruраkаn Bаdаn Usaha Mіlіk Nеgаrа (BUMN)
Indonesia уа...
Hashtag #DakwatKering di WordPress
-
Bersarang untuk kesekian kalinya. Bila mood menulis seperti tiada mood,
maka tiada lagi mood untuk menulis. Lambakan aplikasi juga membunuh mood
menulis di...
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...
RINDU PEMILIK-PEMILIK BLOG
-
Sudah 4 tahun berlalu... rindunye rase hati pada rakan-rakan seperjuangan
lebih-lebih lagi pada kak ya dan kak ej... Na teringat pada blog yang kita
create...
rindu...
-
rasanya sudah terlalu lama saya meninggalkan blog ini tanpa jejak.. rindu
untuk mencoretkan kata2 disini sentiasa ada dalam diri... tapi kesibukan
hari say...
Mabrok dik
-
Mabruk buat anak usrahku..masih kak ingat lagi wajahmu yg jernih,matamu
yang redup,bicaramu yang halus,sopan santunmu yang luhur..setelah 6 tahun
lamanya k...
Pandai itu pakej sebenarnya…
-
Orang berilmu itu bukan semuanya bijak.. ada yang menjadi berilmu bila
banyak membaca dan menghafal. Tak kurang juga yang berlingkar dengan buku
sehingga t...
kepada Farhana sangkar
-
kami fan kelantan memohon anda membuat kenyataan maaf secara ikhlas dan
memohon anda menutup akaun blog anda dengan kadar segera. sikap anda yang
tidak ma...
3 soalan
-
Sekilas Renungan
Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanyaan
saya?
Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab p...
couple
-
BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN
BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita
sepasang insan yang sedang m...
-
Kerana Satu Klik Malapetataka Berterusan Diterima
www.iLuvislam.com
Oleh: Ismail Abu Bakar
dihantar oleh: miya myra
Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemuda...
Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau keras hati gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan. Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payah pun 'make up'. Berbaju kurung bukanlah mengurung Lebih elok jubah jika direnung, Kaki pula eloklah bersarung, Agar syaitan susah nakbertarung. Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat. Pakaian modern memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakai pun nampak pusat. Berseluar ketat baju pun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai memanglah dipandang jahat, Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat. Apa yang aneh bila dipandang, Lengan pendek tapi bertudung, Nampak seperti orang yang kudung, Mata memandang ketiak seperti ikan lolong. Lagilah aneh bila di fikir, Baju kebaya tudung berukir, Nampak dada iman terjungkir, Kain terbelah peha terukir. Bila ditanya kenapa begitu, Dia kata fesyennya dah macam tu, Di dalam hati niat tertentu, Menggoda jantan sudahlah tentu. Menutup aurat boleh berfesyen, Tetapi jangan menunjuk eksyen, Sesuaikan diri ikut profesyen, Kalau dilaknat tak guna sesen. Kalau nak "Make Up" biarlah padan, Jangan terlebih bila berdandan, Minyak wangi juga fikirkan, Bedak dan gincu sekadar keperluan. Kasut tinggi cuba jauhi, Kerana ia melahirkan bunyi, Boleh menarik perhatian lelaki, Perbuatan ini dibenci Ilahi. Apatah lagi menghentakkan kaki, Menarik perhatian orang laki-laki, Melenggok punggung membinasakan diri, Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul, Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol, Mahkota disimpan tak jadi bisol, Memakai tudung Islam tersimbol. Selokaku ini bukanlah jahat, Cuma saja mahu peringat, Kepada semua para sahabat, Terutama sekali rakan sejawat. Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Kepada semua kawan lelaki, Jangan tergelak wanita diperli, Keluarga kita tak terkecuali, Terutama sekali anak dan bini. Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat sepanjang badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh teladan. Setakat ini seloka kami, Harap dapat menghibur hati, Apa yang baik hendaklah ikuti, kalau boleh seikhlas hati.........
Aku hanyalah insan kerdil yang diciptakan Allah di muka bumi ini untuk memperhambakan diri kepadaNya, pada hakikatnya aku tidak punya apa-apa kelebihan namun aku cuba untuk berbakti dan memberi manfaat kepada seluruh warga dunia ini...
Hidup biarlah bermanfaat "Agi idup agi ngelaban"
aku adalah keponakan yang masih lagi belajar seandainya tersalah silap mohon tunjuk ajar dari kalian yang ilmunya penuh di dada.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
- Mendapat pendidikan awal di Pasti Nur falahiah Sungai Sok ( 1991).
- Meneruskan persekolahan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok ( SKSS 1993-1998 )
- SMU ( A ) Falahiah Sungai Sok (1999- 2004 )
- Maahad Rahmaniah Kuala Krai (2005).
- USM
- Universiti Sains islam Malaysia
( 2006 - now )