
Antara tuntutan dikemukakan untuk dibawa ke pihak atasan adalah seperti pembinaan pos security, pembinaan tempat parking motosikal, tempat bus stop yang lebih kondusif, pembinaan ruang rehat pelajar, penambahan watercooler dan sebagainya. Mudah-mudahan ia dapat dilaksanakan dengan seberapa segera.
Memandangkan Kolej itu berada di tempat awam segala pembinaan kemudahan pelajar di ruangan bawah sukar dilaksanakan kerana ia perlu mendapatkan kelulusan dari Majlis Perbandaran Nilai ( MPN ) terlebih dahulu.
Di samping itu penempatan felo juga agak bermasalah di kolej itu memandangkan keseluruhannya penghuni mahasiswi. Segala permasalahan mengenai felo diserahkan kepada pihak HEP melalui unit k3pnya, mereka lebih arif mengenainya.
Selain berbincang mengenai permasalahan penghuni, Prof Mohamad juga memaklumkan beberapa maklumat penting universiti untuk dihebahkan kepada mahasiswa/i keseluruhannya.
Antaranya beliau memaklumkan bahawa peruntukan dari pusat ( KPT ) tahun hadapan ( 2010) untuk universiti ini dikurangkan sebanyak 33% berbanding sebelumnya. Jika sebelum ini peruntukan tahunan untuk USIM RM 91 juta, maka tahun 2010 USIM hanya akan menerima RM60 juta .
Kesan daripada kekurangan peruntukan Pusat itu akan memungkinkan langkah penjimatan akan dilaksanakan. Ia juga akan melibatkan perubahan drastik dalam beberapa dasar pentadbiran universiti.
Antaranya adalah pengurangan kekerapan perjalanan bas ke kolej-kolej kediaman, kemudahan bas hanya akan disediakan di kolej-kolej kediaman yang jauh sahaja, seperti KK Nilam Court, KK Camelia Court dan KK Sutera Indah, untuk kolej kediaman yang dekat dengan kampus seperti Acacia Avenue dan Desa Jati berkemungkinan tiada perkhidmatan bas di sana. Ini adalah kerana peruntukan universiti paling besar digunakan adalah untuk pengangkutan harian pelajar dari kolej kediaman ke kampus, ia melibatkan jutaan ringgit sebulan.
Namun ianya masih lagi dalam kajian di peringkat pentadbiran tentang kerasionalan perlaksanaannya. Pandangan mahasiswa keseluruhannya harus didengari terlebih dahulu.
Selain itu kempen penjimatan penggunaan elektrik dan air di kalangan pelajar juga harus diperhebatkan , kerana menurut Prof Mohamad kos perbelanjaan electricty dan air bulanan universiti mencecah RM600 ribu ringgit. Bayangkanlah jika setahun RM600000x 12 jadi hampir RM 7 juta lebih dibelanjakan untuk itu sahaja.
Bagi memastikan pembangunan universti berjalan lancar langkah-langkah penjimatan harus dilaksanakan oleh semua pihak, samada pihak pentadbiran dan juga warga USIM keseluruhannya.
Konklusinya, kita sebagai mahasiswa USIM yang sentiasa "gembira bersama USIM" kita harus sedar akan semua permasalahan ini. Oleh itu " Gerakan Mahasiswa Sedar" juga harus digerakkan di sini. Semua persatuan pelajar dan juga MPP harus bersama-sama dalam gerakan ini bagi menyedarkan pelajar-pelajar keseluruhannya, agar segala perancangan universiti terlaksana. Apalah sangat setakat yuran yuran pengangkutan dan juga yuran peralatan yang bernilai RM25 yang kita bayar tu jika dibandingkan dengan apa yang kita dapat nikmati.
Wallahuaklam..
by Mujahid Muda.
4 comments:
Salam,
saudara Hadi, saya mohon keizinan untuk mengambil informasi daripada entri saudara ini.
terima kasih
ok usimkini.. no prob ..
GMS menetang BTN sila ke blog kami tanda sokongan http://gmskuis-official.blogspot.com/
hurm....
Post a Comment