
TANGGAL 7 september 2009 bersamaan 17 Ramadhan 1430 Hijriah adalah satu lagi tarikh keramat bagi umat islam di seluruh dunia, sambutan hari yang bersejarah ini dapat kita rasai setelah adanya cuti umum bagi setengah negeri-negeri di Malaysia seperti di Kelantan,Kedah , Selangor dan lain-lain lagi. Tapi malanganya di negeri sembilan tempatku tiada cuti umum untuk sambutan hari tersebut , walaupun tidak merasai nikmat cuti seperti mereka aku tetap merasai ta'zimnya hari kebesaran tersebut.
Secara umumnya , walaupun 52 tahun kemerdekaan , tetapi malangnya masih ramai lagi makhluk Allah di bumi Malaysia tercinta ini yang masih lagi jahil tentang apa itu Nuzul Quran, pada mereka ianya sekadar cuti umum seperti cuti-cuti umum yang lain di negara ini ,tetapi mereka tidak menghayati dan tidak cuba untuk taammuq ( mendalami) mengenainya , demikianlah juga dengan sambutan hari-hari kebesaran yang lain dlam islam di negara ini seperti sambutan Maulud Nabi SAW, walaupun ada segelintir golongan yang mempertikaikan sambutan hari tersebut dengan mendakwanya bidaah ( mengada-ngadakan sunnah) dsb, tidak kurang juga ada yang mengatakannya haram, bidaah mungkar dan sebagainya, mengenai perkara ini masih lagi panjang perbincangan mengenainya.
Berbalik kepada topik perbincangan kita iaitu mengenai apa itu Nuzul Quran, nuzul ( نزول ) ialah perkataan arab yang diambil dari perkataan nazala( نَََزَلَ ) yang bermaksud turun atau berpindah, iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain , manakala perkataan Al-quran ( القران ) ialah kata nama terbitan( مصدر) dari perkataan Qaraa ( قراء) iaitu baca , dan Al-quran beerti bacaan.ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-quran itu unuk dibaca kepada seluruh manusia kaafatan, ia juga dikatakan himpunan kerana di dalam alquran terdapat himpunan-himpunan ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal, tauhid, ibadat , jinayat, munakahat , muamalat dan sebaginya yang menjadi peraturan kepada ummah manusia menuju keredhaan Allah Azzawajalla.
Mengenainya dinyatakan dalam ayat quran melalui firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah di dalam ayat 185 yang bermaksud :
" Ramadhan yang padanya ditirunlkamn al-quran , menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara benar dan salah".
firmanNya dalam surah al-qadar ayat pertama yang bermaksud :
" sesungguhnya kami telah menurunkan ( alquran ) ini pada malam Lailatul Qadar".
Dalam surah al-Dukhan ayat ke3 pula Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
" seseunnguhnya kami telah menurunkan Al-Quran pada malam yang berkat ; ( kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya kami sentiasa memberi peringatan dan amaran ( jangan hamba-hamba kami ditimpa azab)."
menilai ketiga ayat di atas tiada sebarang pertentangan dalam tiga ayat tersbut. muallif kitab tafsir taysir alkarim arrahman ( تيسير الكريم الرحمن ) Assyeikh Ab. Rahman Assa'diy menjelaskan mengenai ' malam berkat ' yang dinyatakan di dalam surah Ad-Dukhan adalah malam yang penuh dengan keberkatan dan kebaikan serta rahmat iaitu lebih dari seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turunnya Ayat suci ini kepada Nabi SaW pada malam yang penuh keberkatan ini.
mengikut Syeikhul islam Manna' Qattan ( مناع قطان ) dalam kitabnya mabahith fi Ulum quran ( مباحث فى علوم القران) , ketiga-tiga ayat ini diturunkan pada bulan ramadhan dan khasnya pada malam lailatul Qadar, ianya sebagai memuliakan mereka-mereka yang berqiam, dan menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan. kitab ini menjadi kitab muqarrar bagi pelajar- pelajar USIM dalam subjek ulum Quran , dan subjek ini merupakan subjek wajib untuk Fakulty of Quranic & sunnah Studies USIM, dan ia juga diambil oleh pelajar-pelajar dari fakulti lain.
Secara tradisinya umat islam Malaysia menyambut hari kebesaran ini pada 17 Ramadhan akan tetapi pendapat yang lebih tepat mengenainya iaitu pada malam isnin 24 ramadhan bersamaan dengan 13 Ogos 610 masihi, pendapat ini bersandarkan kepada berlakunya Perang Badar melalui firman Allah SWT dalam ayat ke 41 surah al-anfal , firman Allah SWT bermaksud ;
" ... jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang turun kepada hamba kami ( Rasulullha SAW) pada hari furqan ,iaitu hari bertemunya dua pasukan ( di Perang Badar , antara muslimin dan kafirin ) ......." .
Menurut Imam Ibn Katsir dalam tafsirnya, ( tafsir Quranyl Aa'zim ) melalui satu riwayat dari Ibn Abbas R.a, ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian rampasan perang ( seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut) .
" ketahuilah sesunggguhnya apa saja yang dapat peroleh sebagai rampasan perang , maka sesungguhnya 1/5 untuk Allah, Rasulnya, kerabat-kerabat Rasul, anak-anak yatim , orang-orang miskin dan ibnu sabil ( org-org yang yang sedang menuju fi sabil lillah).....".
justeru tarikh yang lebih tepat tentang nuzul quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan pada ayat 1 surah Al-Qadar dana ayat 1-4 surah Ad-dukhan yang telah di huraikan td. Menurut pandangan Ibn Abbas pandangan itu disokong oleh majoriti mufassirin , Al- Quran diturunlan pada malam Lailatul Qadar, sebagaimana disebut tadi adalah Al-Quran yang turun sekaligus ke Baitul Izzah di lagi dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasulullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama 23 tahun , 13 tahun di makkah dan 10 tahun di Madinah, penurunan wahyu di Makkah berkisar mengenai pembentukan Akidah , manakala di Madianah pula penurunan wahyu berkisar mengenai syariah iautu hukum hakam, mualalat , munakahat dan sebagainya. Ayat-ayat yang diturunkan sebelum Hijrah dinamakan sebagai Makiyyah dan ayat-ayat yang diturunkan selepas hijrah dinamakan Ayat Madaniyyah.
Menurut satu riwayat lain pula dari Al-Hakim , Al- Baihaqi dan Nassaie dari Ibn Abbas Ra, beliau menjelaskan dari rasulullah SAW bersabda :
"Al-Quran diturunkan sekaligus oleh Allah ke langit dunia pada malam Al-Qadar kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun ".
Demikianlah lebih kurangnya mengenai Nuzul Quran yang dapat ku kongsikan, sekiranya terdapat kesalahan dan kekurangan mohon diampunkan dan juga mohon tunjuk ajar dari kalian yang berilmu berbanding denganku yang punyai ilmu yang sekelumit ini. Wallahuaklam.